}

Tuesday, May 10, 2016

Kelebihan dan kebaikan burpess yang anda wajib tahu (day : 11 - 11/5/16)


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BURPEES YANG ANDA WAJIB TAHU.

1- Senaman ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

2- Senaman ini tidak memerlukan sebarang peralatan dan ruang yang besar. Hanya menggunakan bodyweight kita sahaja.

3- Senaman ini melatih dan berkerja untuk keseluruhan anggota badan kita dalam satu masa.

4- Muscles target untuk senaman ini adalah chest, back, triceps, biceps, shoulder, peha, punggung dan perut.

5- Senaman ini bukan sahaja untuk lose weight, burn fat atau build muscles. Tapi senaman ini sangat membantu meningkatkan stamina kita lebih baik dan hebat.

6- Senaman ini adalah antara senaman yang paling efektif mempercepatkan pembakaran kalori serta lemak kerana heart rate meningkat.

7- Senaman ini juga adalah kategori 'AFTER BURN EFFECT'. Bermaksud, walaupun kita dah selesai melakukan senaman ini, proses pembakaran lemak masih lagi berlaku dalam tempoh masa lebih kurang  48 jam.

Kebanyakan orang yang baru nak start buat Freeletics workout, niat mereka terbantut dan rasa kurang yakin untuk melakukan burpees hingga habis set.
Admin harap anda dapat belajar menyukai dan mencintai burpees bermula dari hari ini.
Jika anda dapat kuasai burpees, admin yakin anda boleh habiskan METIS, DIONE, APHRODITE dan lain-lain workout dengan bergaya.
====================================

KESILAPAN YANG SERING  DILAKUKAN KETIKA BURPEES.
1-  Dada (chest) tidak sentuh lantai ketika turun seperti push ups.
● Kebanyakannya ramai yang ingin kejar masa sehingga dada tidak sentuh lantai.
● Fungsi dada sentuh lantai adalah untuk muscles target di area chest,

2-  Tangan tidak sentuh (clap) dibelakang kepala.
● Kebanyakannya ramai yang angkat tangan hanya paras telinga dan bahu.
● Fungsi tangan sentuh (clap) belakang kepala adalah untuk muscles target di area side chest dan triceps.
.
KENAPA PERLU LAKUKAN PERFECT FORM?
● Untuk dapatkan hasil yang efektif dan tidak membuang masa serta tenaga.
Ramai yang ingin kejar masa sehingga every reps exercise itu tak perfect form.

No comments:

Post a Comment