}

Wednesday, January 17, 2018

Istighfar Pembuka Rezeki Berlimpahruah


Saya Tengok Video Ustaz Yusuf Mansur Tentang Istighfar Pembuka Rezeki Berlimpahruah Dan Dia Ajarkan Bagaimana Dengan Istighfar Dapat Minima 1 Juta Ganjaran

Satu malam, guru berikan link Ustaz Yusuf Mansur bertajuk Istighfar Pembuka Rezeki Melimpah dan Berkah.

Salah satu ajaran dia, "Waktu tahajud, selesai solat semuanya dia akan buka video Youtube > dengar."

Waktu pagi kan minda masih segar dan terasing daripada perkara-perkara negatif lalu isikan dengan 'makanan' yang baik-baik buat minda.

Hari ini terbangun sedangkan baru tertidur jam 12am. Selepas selesai solat semuanya, perut pula entah kenapa. Rasa tak sedap.

Daripada tak boleh tidur, terdetik tentang link video yang guru hantar. Pasang earphone dan dengar. 

Daripada terfokus pada sakit, fokuskan pada perkara yang lebih baik. 

Durasi video itu sekitar 1 jam. Tanpa sedar terdengar sampai habis. 

Ini ilmu istighfar yang refresh dan upgrade kefahaman tentang istighfar. Dengan izin Allah, buat anda semangat mahu praktikkan. 

======
Istighfar Pembuka Rezeki Melimpah dan Berkah

Ada soalan daripada audiens,
"Istighfar yang bagaimana sebaiknya diamalkan?"

Jawapan Ustaz Yusuf Mansur,

//
Saya mengamalkan istighfar seperti ini,

Lailahaillah 
Tiada Tuhan selain Allah 

Astagfirullah
Aku memohon ampun kepada Allah 

Walijamiil muslimin wal muslimat wal mukminina wal mukminat

Juga untuk semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat

*jika salah terjemahan, mohon betulkan

#1 - Lailahaillah

Dimulakan dengan kalimah ini, kerana, perbaharui keyakinan kepada Allah...

+ Jika kita nak hutang selesai, tiada yang dapat selesaikan hutang kita selain Allah 

+ Jika kita nak kereta, tiada yang dapat beri selain Allah

+ Jika kita nak jodoh, tiada yang dapat beri selain Allah 

+ Jika kita nak rumah, tiada yang dapat beri selain Allah 

+ Kita mahu apa pun, TIADA yang dapat beri selain Allah 

#2 - Astagfirullah

Kita mohon ampun kepada Allah. Pada saat kita mohon ampun kepada Allah, Allah akan perbaiki dan ganti kehidupan yang lebih baik.

Misalnya, pada saat kita istighfar, jika dulu selalu cakap buruk-buruk tentang orang, Allah akan perbaiki kita cakap yang baik-baik tentang orang. 

Pada saat kita istighfar, jika sebelum sering rasa gelisah, Allah akan ganti dengan ketenangan. 

Boleh jadi juga setelah kita istighfar, Allah perlihatkan dosa atau kesalahan kita pada orang lain. Itu menjadi asbab untuk Allah angkat darjat kita.

Misalnya, setelah kita istighfar, ibu bapa tetap marah-marah sama kita. Lalu tidak lama kemudian, teringat, pernah menyakiti ibu bapa kita. 

Kita minta maaf. Selesai. Kata Ustaz Yusuf Mansur, enggak apa-apa jika ada ujian orang marah-marah kita. 

Moga itu menjadi asbab Allah angkat darjat kita. 

"Ya, enggak apa-apalah orang itu marah-marah kita. Asalkan Allah terima taubat dan angkat darjat kita.

Alham...? lalu disambut audiens, ...dulillah" - Ustaz Yusuf Mansur 

#3 - Walijamiil muslimin wal muslimat wal mukminina wal mukminat

Selepas kita mohon ampun untuk diri sendiri, kita mohon ampun juga untuk orang lain. 

Kalimah ini ustaz tekankan hal sedekah. Dalam Al Quran banyak ditekankan apabila buat 1 kebaikan, dapat minima 10x - 700x ganda ganjaran pahala.

Bayangkan kita minta ampun untuk semua umat Islam di dunia. Di dunia ya, bukan Malaysia sahaja.

Katakan Malaysia ada 1 juta orang (contoh).

1x minta ampun untuk umat Islam sedunia
= 1 x 700 x 1,000,000 (Malaysia sahaja)
= 700,000,000

Masya-Allah banyaknya. Istighfar 1x sahaja sudah dapat 700,000,000 (700 juta)ganjaran pahala sedekah. 

Bayangkan bila kita istighfar minima 100x.
= 70,000,000,000,000 (camano nak sebut eh ni)
= 70 trillion

WOW!!! Masya-Allah. Sape nak bagi 70 trillion ganjaran / reward / free gift?

Minta ampun untuk Malaysia sahaja sudah dapat 70 trillion ganjaran. 

Kirakan sendiri total umat Islam yang ada di dunia ini. Masya-Allah sudah jadi more than trillionaire dengan PERCUMA, CEPAT dan SANGAT MUDAH :D 

Maha Pemurahnya Allah dalam memberi ganjaran kepada hamba-Nya. 

Best ke best sangat?

Jika ada yang bertanya,
"Kok mahu dihitung bila beribadah kepada Allah."

"Ya HARUS! Dalam Al Quran di mana-mana sahaja, Allah menyatakan kita akan dihitung. Dihisab. Makanya harus dihitung amalan kita.

Ya pasti masuk syurga enggak pake amalan tapi dengan rahmat Allah. Namun hakikatnya kita pasti dihitung. Ingat tu." - Ustaz Yusuf Mansur

Lalu di sini saya revise semula kalimah Istighfar lengkap yang dipraktikkan Ustaz Yusuf Mansur.

//
Lailahaillah 
Tiada Tuhan selain Allah 

Astagfirullah
Aku memohon ampun kepada Allah 

Walijamiil muslimin wal muslimat wal mukminina wal mukminat

Juga untuk semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat

*jika salah terjemahan, mohon betulkan
//

Baca sekali lafaz, 
"Lailahaillah Astagfirullah walijamiil muslimin wal muslimat wal mukminina wal mukminat"

Minima 100x sehari. Lakukan dengan santai. 

Kata ustaz waktu disarankan lepas Subuh. Jangan tidur. Alternatif elakkan tidur dengan habisin istighfarnya saat itu.

Sudah habis baca dan mahu ganda ganjaran kebaikan? Setiap kali orang praktikkan istighfar ini, insya-Allah anda juga dapat pahala jariahnya.

Credit : FB nota gembira saya

No comments:

Post a Comment