}
Showing posts with label Buat Renungan. Show all posts
Showing posts with label Buat Renungan. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Kata-Kata Hikmah



Si kakak dan si adik sedang melepas lelah di ujung jembatan sebuah kota.
Si adik bertanya, “kak, berbuka nanti kita mau makan apa?..”

“Jangan sedih dik, nanti kita pergi ke mosholla seberang sana”, jawab si kakak menenangkan hatinya.


Tahukah kita, mengapa Allah mewajibkan kita berpuasa?..
1. Agar kita tahu bagaimana kepedihan hidup mereka.
Mereka yang sepanjang hidupnya bak orang berpuasa.
Mereka yang berpuasa tapi tak pernah tahu kapan mereka akan berbuka.

2. Untuk mengajar dan mengekang hawa nafsu kita.
Berikut ini ceritanya:

Ketika Allah menciptakan akal, Allah kemudian berfirman, yang artinya: ”Wahai akal menghadaplah engkau.” Maka akal pun menghadap Allah..

Kemudian Allah berfirman, ”Wahai akal berbaliklah engkau.” Lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah berfirman, “Wahai akal siapakah aku?”

Lalu akal pun menjawab, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu yang lemah.”

Lalu Allah berfirman,”Wahai akal, tidak aku ciptakan makhluk yang lebih mulia dari engkau.”

Setelah itu Allah menciptakan nafsu, kemudian Allah pun berfirman, “Wahai nafsu, menghadaplah kamu.”

Nafsu tidak menjawab sepatah kata pun malah mendiamkan diri.
Kemudian Allah berfirman lagi, “Siapakah engkau, dan siapakah aku?”

Lalu nafsu berkata, “aku adalah aku, dan engkau adalah engkau.”

Setelah itu Allah menghukum nafsu selama ratusan tahun di neraka yang sangat panas. Kemudian Allah mengeluarkannya dan berfirman, “Siapakah engkau dan siapakah aku?”

Lalu nafsu berkata, “aku adalah aku, engkau adalah engkau.”

Kemudian Allah menghukum nafsu lagi selama ratusan tahun di neraka yang sangat dingin. Kemudian Allah mengeluarkannya dan berfirman lagi,”wahai nafsu siapa kamu?”

Lalu nafsu menjawab “aku adalah aku, engkau adalah engkau.”

Lalu Allah berfirman,”Masih begitu juga engkau nafsu?” Lalu Allah masukan lagi nafsu ke neraka selama ratusan tahun dan dilaparkan. Setelah itu Allah berfirman kepada nafsu,”Wahai nafsu siapa kamu?”

Lalu nafsu menjawab aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah tuhanku.

Lalu Allah berfirman “Wahai nafsu sekarang engkau masuklah bersama tubuh anak Adam”.


******
Sahabat Hikmah yang dirahmati Allah…
Akal maupun nafsu keduanya ada dalam tubuh kita. Sebagaimana kita tahu, nafsu memiliki sifat yang begitu angkuh, dan ia tidak bisa kita hilangkan, melainkan hanya bisa kita kendalikan.
Bagaimana caranya?.. Seperti kisah diatas yaitu dengan melaparkan nafsu atau berpuasa.

Semoga Ramadhan ini kita mampu mengekang hawa nafsu kita, sehingga dapat kita raih derajat MUTTAQIN.


Credit : https://www.facebook.com/kata2hikmah.new
Me,
(T_T) TeruTeruBozu's

Wednesday, July 10, 2013

Perasan Tak...

Salam,

PERASAN TAK ??PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya..

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorang :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus ..
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

KIRIMLAH KPD INSAN2 YG KAMU INGATI..


Me,
(T_T) TeruTeruBozu's

Thursday, July 4, 2013

Perlu Ingat Tu ....

Salam...


Bila ALLAH tidak beri, bukan bermakna ALLAH benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang ALLAH mahu kita mengerti

Me,
(T_T) TeruTeruBozu's

Wednesday, May 8, 2013

Sayangilah Ibu Bapa Kita


Assalamualaikum & Selamat Pagi.


Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..:)

Me, TeruTeruBozu's

Monday, March 11, 2013

Bersangka Baik Kepada Allah dan Sesama Insan

Salam,

bersangka baik terhadap ketentuan Allah biarpun ia kadangkala sesuatu yg menyedihkan. Ketahuilah bahawa Allah punya perancanganNya yg tersendiri kerana Allah selalu merancangkan yg terbaik buat hamba-hambaNya... :)

Kita mmg kena bersangka baik pada semua. tapi yerla hati ni kadang2 mesti akan tersasar juga. mungkin benar apa yang kita hajatkan tidak kesampaian, tidak sikit atau banyak mesti akan menyalah kan takdir. kenapa sipolan dapat... dan aku tidak.. sedangkan dia dengan aku sama aje. tak der bezanya... tapi KETAHUILAH BAHAWA ALLAH PUNYA PERANCANGAN NYA YANG TERSENDIRI KERANA ALLAH SELALAU MERANCANGKAN YANG TERBAIK BUAT HAMBA-HAMBA NYA...

Lepas aje solat Subuh aku rasa sedih, hiba dan terharu... aku tahu kenapa. Tapi inilah yang di katakan lumrah kehidupan. Terima Kasih Allah sebab memberi aku peluang bernafas lagi dan meneruskan kehidupan disampaing keluarga tercinta...
Ya Allah, kalau ini lah ujian yang engkau berikan kepada ku, aku memohon agar aku dapat hadapinya dengan hati yang terbuka.

A- Allah maha besar


L- lebih dari segala2nya

L- letakkan pada hati

A- akan ada mukjizatnya

H- hanya dia penentu segala

U- utamakan kalimah2nya

A- antara susah dan senang

K- kembalilah pada suruhannya

H- hiasa kata2 dengan zikirnya

B- buat la setiap masa

A- ada sinar yang menanti

R- resah pasti akan hilang


Me, TeruTeruBozu's

Sunday, January 29, 2012

Salam,

Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik. Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain. Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat

Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri

Me,
TeruTeruBozu

Wednesday, January 25, 2012

Siapa Sayang Mak !!!!

Salam,

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .


Friday, October 14, 2011

Tazkirah Di Pagi Sabtu...



CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Credit : Facebook

Sunday, September 25, 2011

Ayat kursi



Credit : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ayatul kursi (Arab: آية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.

Ayat dan pengertian

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR


RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak akan bersalah tetapi dizalimi.

Wednesday, September 14, 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Credit : http://pooh-forever.blogspot.com/

Ayat Al-Quran Yang Boleh Diamalkan

Assalamualaikum,
Amalan tersebut adalah lebih mujarab apabila ianya dilakukan sebagai zikir selepas solat.

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24,
Surah As Syura - Ayat 19 (mukasurat 485)

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air ,dan spray keliling rumah.

Semoga memberi manafaat.

Credit : http://pooh-forever.blogspot.com/

KAABAH ENGGAN BERGERAK

Rasa nak menangis bila membaca.Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci.Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman,tok guru dah mula kuliah.Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga,tentang neraka.Para jemaah masing-masing diam,tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat.Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel.Ia boleh membesar,mengecil,memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman,pastilah ia akan melebar dan memendek.Manakala bagi orang kafir,ia akan mengecil dan memanjang.Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah.Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan,biarpun kaabah tahu itu perintah Allah,namun ia enggan bergerak.Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga.Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab,ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..

Apabila diperiksa,rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yg berdosa dan perlu disiksa di dlm neraka.
Kaabah berkata,ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak.Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya....bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Credit : http://pooh-forever.blogspot.com/

Tuesday, August 9, 2011

Five easy ways to earn even after death.

Five easy ways to earn even after death.

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.
2) Donate a wheel chair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.
3) Participate in building a Masjid/Mosque.
4) Place water cooler in a public place.
5) Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.

Insya-Allah (",)

Credit : facebook

HATI YANG MATI....

‎10 TANDA HATI YANG MATI

Syeikh Ibrahim Adham menyatakan 10 tanda hati mati i...aitu :

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.
2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.
5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetApi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Mengantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Credit : Facebook

Friday, August 5, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Buat Renungan.


Thursday, July 28, 2011

RAMADHAN


Cara Menyambut Bulan Ramadhan

Segala pujian kepada ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang, salawat dan salam buat Junjungan mulia Sayidina Muhammad SAW dan kepada keluarganya.

Seandainya seorang teman yang anda kasihi dan segani, menghubungi anda dan menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda? Tentunya anda bergembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah anda dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut. Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman anda akan lakukan ?

Jika demikian...wahai teman yang dikasihi ALLAH... bagaimana pula yang akan datang menjengok anda bukan sahaja dikasihi oleh diri akan sendiri bahkan ianya dikasihi oleh Pencipta anda Allah swt, RasulNya Muhammad SAW dan sekelian orang-orang yang beriman. Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan dari ALLAH SWT. Ia adalah bulan Ramadhan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajjud dan qiyamullail, bulan kesabaran dan ketaqwaan, bulan kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka.

Terdapat padanya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Kita memohon limpahan kurniaanNya. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan. Oleh kerana itulah sifatnya tetamu mulia ini, amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya - menyambutnya dengan cara yang terbaik, bersedia untuknya
dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah dari kunjungannya dan apabila ianya pulang jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah.
" Sesungguhnya telah berjayalah orang yang menyucikan dirinya (surah as-Syams 9) ".

Dek kerana itulah ulama terdahulu menghargai tetamu ini... kerana itu diceritakan bahawa :

"Mereka memohon ALLAH lanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadhan sepanjang enam bulan sebelumnya... apabila ianya berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdo'a agar ALLAH menerima amalan mereka bagi bulan Ramadhan sepanjang berapa bulan selepas itu.."

sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Rajab rahimahullah.

Cara Sambutan Ramadhan di pelbagai tempat

Firman ALLAH swt yang bermaksud :
" Jika kamu ikuti (patuh) kepada kebanyakan manusia di muka bumi ini mereka akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH (surah al-An'am 116) ".

FirmanNya yang bermaksud :
" Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkannya (surah Yusuf 103) "

Teman, Sekiranya anda memerhatikan keadaan dunia Islam anda akan merasa kehairanan
dan ta'jub dengan keadaan mereka di dalam menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.
- Sebahagiannya menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum
ALLAH swt...
- Sebahagiannya menyambutnya dengan berpesta, perhimpunan umum, nyanyian, tarian dan muzik...
- Sebahagiannya menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam di bulan Ramadhan... yang dipenuhi dengan adengan yang memenuhi tuntutan nafsu berahi.
- Sebahagiannya menyambutnya dengan menjemput dan mengadakan pertemuan dengan penyanyi-penyanyi dan pelakon-pelakon filem seraya bertanya : "Apakah nyayian dan adengan lakonan yang bakal dipersembahkan ?"...
- Sebahagiannya menyiapkan agenda-agenda peraduan, pertandingan, uji bakat bulan Ramadhan yang menjauhkan diri dari ketaatan kepada Allah...dan lain-lain lagi. Bukanlah begitu sepatutnya diraikan bulan Ramadhan yang berkat...dengan maksiat, kerja-kerja haram, memerangi kehormatan bulan mulia dan permusuhan dengan Allah yang maha kuasa. Benarlah sabda Baginda saw yang bermaksud : "Ramai yang berpuasa habuannya hanyalah lapar dan dahaga"
(riwayat Ahmad).
- Sebahagiannya menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orangramai bagi membeli pelbagai jenis makanan dan minuman ; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur di waktu siang, berjaga di malamnya dengan aneka hiburan dan pelakuan haram sambil mengucapkan kata-kata : "Selamat datang wahai Ramadhan...bulan keberkatan dan pahala.." menggantikan taubat, beramal soleh dan bersyukur kepada ALLAH
dengan hati, lidah dan anggota.

Kepada mereka kita bacakan ungkapan penyair ;
"Wahai orang yang berkhidmat kepada dirinya alangkah deritanya dirimu, Apakah kamu menuntut keuntungan pada pekerjaan yang merugikan, Siapkanlah dirimu sempurnakanlah kelebihannya, Kamu adalah insane kerana jiwa bukan kerana tubuh semata-mata."

Pedoman Menyambut Ramdhan yang Dianjurkan

Cara yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagaimana berikut ; secara ringkasnya : -

(i) Berdoa' ... semoga Allah melanjutkan usia anda dapat menyambut bulan Ramadhan... sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolonganNya dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya,

(ii) Membersih diri dan bersuci... iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat nasuha dari segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu.

Bagi mereka yang masih melakukan dosa kita tanyakan :
- "Jika anda masih dalam kekotoran maksiat, patutkah anda menerima hadiah pemberian Allah ini?",
- "Bagaimana anda berpuasa lantas berbuka dengan perkara yang diharamkan?",
- "Wahai mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja ! Bagaimanakah puasamu akan diterima ALLAH sedangkan anda masih lagi meninggalkan rukun Islam kedua yang denganya anda terkeluar dari agama ALLAH?",
- "Wahai mereka yang masih memakan hasil riba, rasuah dan haram ! Bagaimanakah kamu sanggup berpuasa, tidak makan yang diharuskan oleh Syara' tetapi kamu berbuka dengan rezeki yang haram?",
- "Wahai anak-anak yang menderhakai ibu-bapanya ! Bagaimanakah kamu rasa tenang untuk berpuasa sedangkan Jibri mendo'akan kemusnahanmu lantaran kederhakaanmu itu dan diaminkan oleh Junjungan SAW?",
- "Wahai saudaraku yang dikasihi! Bagaimana kamu harapkan puasamu dimakbulkan sedangkan kamu masih berada di landasan yang tidak diredhaiNya?".
- "Tidakkah pernah dinyatakan kepadamu sabda Baginda saw : "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan terus mengerjakannya, ALLAH tidak akan menghiraukannya - tidak memberikan pahala kepadanya - (walaupun) dia tidak makan dan minum (berpuasa)" (riwayat al-Bukhariy).

Oleh kerana itu bertaubatlah kepada ALLAH swt dengan bersungguh-sungguh, pintu taubat sentiasa terbuka, taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa.. bahkan ianya memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah swt.

(iii) Penyediaan diri bagi menyambut kedatangan Ramadhan... dengan menunaikan 'ibadat puasa sunat pada bulan Sya'aban serta amalan kebaikan lain... ianya bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada ALLAH swt ... sebagaimana yang diriwayakan oleh Usamah bin Zaid : "Nabi saw berpuasa penuh pada bulan Sya'aban... atau berpuasa sebahagian besar pada bulan
tersebut...",

(iv) Antara perkara terpenting ; mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunnah Nabi saw serta aturcara pusanya sebelum menghampiri bulan tersebut, mempelajari syarat-syarat puasa, sah batalnya , hukum berpuasa pada hari terakhir bulan Sya'aban (hari syak), perkara yang harus, wajib atau haram bagi seseorang yang berpuasa, apakah adab-adab dan sunat-sunat berpuasa, bagaimana ingin menunaikan I'badah qiyam (solat tarawih dan seumpamanya),
hukum-hakam bagi orang uzur, sakit, musafir dan sebagainya pada bulan puasa, berkenaan bayaran zakat fitrah... dan seumpamanya. Begitu juga memahami cara 'ibadah Nabi saw di bulan yang mulia ini terhadap dirinya, keluarga dan umatnya... puasanya... qiyamnya... kemurahannya...penjagaan pancainderanya... tadarus al-Quran... dan seterusnya.

(v) Antara agenda seterusnya menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan mengadakan program-program yang memenuhi waktu anda yang amat berharga itu bagi diri anda, keluarga, rakan-rakan ... dengan membaca al-Quran, tadarus, hafazan... qiyamullail, menyediakan hidangan berbuka puasa untuk mereka, umrah, I'tikaf, bersedaqah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, ketaatan kepada Allah... dan seterusnya.

Teman,

Inilah secebis coretan antara perkara yang amat perlu diamalkan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan ini... semoga ALLAH menyelamatkan kita dengan dijuruskan diri-diri kita kepada petunjuk yang benar dan jalan yang diredhaiNya, serta dijauhkan kita dari kesalahan yang menjurus kepada kebinasaan dan kesesatan.

Sebagai penutup bicara marilah sama-sama kita menyelami kata-kata ini :

Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa di bulan Rajab, Sehingga menderhakai Tuhannya di bulan Sya'aban, Telah datang kepadamu bulan puasa selepas keduanya, Janganlah jadinya juga bulan kederhakaan, Bacalah al-Quran dan bertasbihlah padanya, dengan sunguh, Kerana ia bulan tasbih dan bulan Quran, Ramai mana yang kamu kenal orang terdahulu yang telah berpuasa, Antara keluargamu, jiran tetangga dan sahabat handai, Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup, Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.

Ya ALLAH, sampaikan kami ke bulan Ramdhan... bantulah kami di dalam mengerjakan puasa, qiyam dan amalan soleh padanya dan di bulan-bulan yang lain, teguhkanlah pendirian kami di dalam ketaatan kepadaMu sehingga kami menemuiMu. Engkalah yang maha mendengar alagi maha menyahut do'a-do'a kami

Credit : email

Thursday, July 14, 2011

TERAPI PERNAFASAN

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?)..

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah k iri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kep ala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang..
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing conditio

Credit : E-mail