MAKANAN DAN OTAK
=================
(Perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar)
=================
(Perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar)
Antara makanan yang biasa disajikan sebagai menu sarapan, tengahari dan malam ialah hati, paru-paru, limpa dan pedal ayam dan lembu.
.
Organ dalaman haiwan. Semuanya dipelbagaikan cara masakan untuk menarik pelanggan.
.
Kita yang bertandang ke gerai melihatnya sahaja sudah kecur air liur. Di saat perut bergelora, lagu keroncong mula dimainkan, semua makanan nampak indah, enak dan berada dalam kategori melelehkan air liur.
.
.
Organ dalaman haiwan. Semuanya dipelbagaikan cara masakan untuk menarik pelanggan.
.
Kita yang bertandang ke gerai melihatnya sahaja sudah kecur air liur. Di saat perut bergelora, lagu keroncong mula dimainkan, semua makanan nampak indah, enak dan berada dalam kategori melelehkan air liur.
.
Membuat keputusan di saat lapar adalah satu kesalahan besar dalam hidup kita. Hasilnya pinggan kita menggunung dengan nasi, sedikit sayur dan mungkin sejenis atau dua jenis lauk. Kuah pula mesti disesudukan setiap satu. Agar impak pada lidah lebih mengujakan.
.
.
Rakaman di atas adalah perkara biasa. Kalau ada kawan yang bertanya “kata mana kau ambik lauk tu”. Kita menjadi bangga sebentar untuk menunjuk secara tepat di mana boleh mendapatkan nikmat di depan mata kita pada ketika itu. Hati terasa puas. Dapat berkongsi nikmat.
.
.
Rakan pernah bertanya saya. “Kenapa kau tak ambil organ-organ dalaman ni?”
.
.
Saya katakan “dulu semasa zaman jahiliah hati ayam, paru lembu goreng masak cili antara kegemaran aku. Sekarang dijauhi.”
.
.
“Ooh, sekarang zaman celik minda lah kan. Sebab tu kau tak makan.” Sambil menunjukkan rupa seperti tidak puas hati. Saya hanya mampu tersenyum pada ketika itu. Sambung kawan lagi, “ok cer citer sikit sebab apa kau tak makan.”
.
.
Saya katakan bahawa organ dalaman ini mendatangkan bahaya pada otak. “Ha, biar betul kau”, terlopong mulut rakan saya itu. Saya katakan “aku tidak berdusta atas nama ilmu”, sambil menggayakan gaya lakonan Syamsul Yusuf.
.
.
“Ok ok. Teruskan. Aku nak dengar ni”, jawabnya seolah-olah tidak sabar.
.
.
Begini. Dengar sini ya ma’asyaral muslimin, kataku berseloroh seolah-olah memulakan khutbah.
.
.
1. Dalam organ-itu ada bahan logam seperti tembaga (copper), zinc dan zat besi (iron).
2. Keperluan harian kita untuk tembaga ialah 0.9mg sahaja. Saiz sederhati hati ayam sahaja dah membekalkan lebih dari 14mg tembaga.
3. Hati ayam yang bersaiz sederhana juga membekalkan 7mg zat besi serta 5mg zinc. Keduanya hampir melebihi keperluan otak kita. Lebih buruk pakej utamanya ialah 400mg kolesterol.
4. Kesan lebihan tembaga memberi impak kepada fokus, pembelajaran dan memori. Lebih buruk lagi ialah penyakit Alzheimer.
5. Kesan lebihan zat besi pula menyebabkan keletihan, sakit-sakit dan lemah badan. Lebih buruk ialah natijah ke arah diabetes, kerosakan hempedu dan arthritis.
6. Lebihan zinc pula adalah toksid kepada otak. Mengganggu komunikasi antara sel-sel otak. Kesannya kita jadi pelupa. Bila cakap tak dapat habiskan ayat. Kawan tolong habiskan ayat kita waktu kita terkial-kial mencari perkataan yang sebenar.
.
.
“Habis tu nak buat macam mana? Sedap betul benda-benda ni. Kufur nikmat kalau tak makan.” Pintas kawan saya. Bangga menjadikan agama sebagai alasan.
.
.
Saya menjawab dengan padat. Menggunakan hujah agama juga. “Bukankah Allah sebut di dalam Al-Quran, ‘Kulu Minat Tayyibat’ – Makanlah dari perkara-perkara yang BAIK. Jadi kalau secara saintifiknya terbukti tidak baik, kita makan juga, bukankan itu melanggar perintah Allah. Jadi macam mana? Nak makan lagi”.
.
.
“Sumpah, taubat aku tak makan dah”, ringkas jawab rakan saya ini.
.
.
Antara nikmat sementara dan cukai KESAKITAN yang berpanjangan, yang mana satu pilihan?
Me,
TeruTeruBozu
No comments:
Post a Comment