}

Wednesday, November 4, 2015

Hanya Padamu..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Khamis

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah selamatkanlah kami dari segala bencana dan semua perkara yang merupakan ujian yang berat.

Ya Allah bantulah kami dan rahmatilah kami semua dan berilah kami rezeki dengan jannahMu.

Ya Allah jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.

Ya Allah berilah kami rezeki yang bukan sahaja wang ringgit tetap juga umor yang berkat, nikmat kesihatan yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkanlah iman dan agama kami.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami di hari ini, bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya Allah, sekiranya kami keluar dari landasan`Mu, berikanlah kami petunjuk`Mu yang lurus dan yang haq.

Yaa Allah semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkanlah hati kami pada`Mu.

Yaa Allah Ya Tuhan kami berikanlah Nur cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan pendengaran kami.

Yaa Allah ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini kerana sesungguhnya hanya kepada`Mu-lah kami berserah diri.

Ya Allah seandainya saatnya tiba bagi Engkau memanggil kami untuk kembali ke sisi`Mu, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`Mu.

Ya Allah segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`Mu. Terimalah amalan kami hari ini dengan keredhaan`Mu. Hanya. Engkaulah yang menilai semua perbuatan kami .

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu dan kasih sayangMu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan kami.

Ya Allah hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan kewajipan kami.

Ya Allah, peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta tekun beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ
*
Dari Abi Hurairah Radiallahu ánhu Nabi Shallallahu álaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya:
Barangsiapa bertasbih (subhanallah) selesai solat (fardu) 33 kali, dan bertahmid (alhamdulillah) 33 kali,dan bertakbir (allahu akbar)33 kali, maka jumlahnya menjadi (99)kali. Kemudian mengucapkan (sekali):

Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa álaa kulli syai-in qadir.

Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.

[Hadith Riwayat Muslim]
______
Hadis amal today


Sent from: Lenovo A850i

No comments:

Post a Comment