}

Saturday, October 24, 2015

zikir


Semalam pergi ke rumah mak saudara suami. Dia mmg alim orangnya, berpurdah... Sampai2 di rumah beliau, waktu asar baru masuk. Soalan pertama: dah solat ke semua?
Jwpn kami mestilah belum, sbb baru je azan. Lalu disuruhnya solat2 dulu. Semua solat kecuali sy, uzur.
Sambil semua solat, sy menghidang mknn di atas saprah (mkn kat bawah, rumahnya byk mengamalkan sunnah).

Sambil mkn, waktu tinggal hanya sy dan beliau... Beliau bertanya, kalau uzur apa amalan ifah? Hmm...zikir2 je. Kenapa moksila? Ada amalan khusus?

Lalu dia pun memulakan sesi 'tazkirah' nya secara tak langsung kepada saya. Katanya, masa kita uzur ni sering kita rasa serabut kan, syaitan senang nak ganggu sbb kita takde amalan khusus tambahan pula kita kotor. Zikir byk2 terutama pagi2 dan petang. Kalau mampu buat, setiap waktu solat yg 5 waktu tu kita khususkan utk ibadah juga meskipun kita tak solat tp kita zikir ikut waktu solat. Tp kalau x sempat memadai pagi & ptg. Pg & ptg kena zikir. Bacalah apa2 zikir pun tak apa cth; subhanallah 100kali, alhamdulillah 100kali, allhuakbar 100kali, selawat 100kali. Elok juga amalkan subhanallah wabihamdihi subhanallahil 'azim 100kali, laailahailallah byk2. Amalkan mathurat, manzil....

Bila nak tidur ifah baca apa? Nak tidur tu, zikir subhanallah 33kali, alhamdulillah 33kali, allhuakbar 34kali. Kemudian ifah baca 3 Qul, hembus di tapak tgn raupkan pada wajah, kepala dan seluruh bdn (kecuali tpk kaki & kemaluan), sambil dia tunjukkan demo.

Terharu rasanya sbb benda2 yg kita dah tahu, cuma kita kurang amalkan. Kurang!
Nanti dh boleh solat, jgn lupa amalkan mlm2 bacaan bbrp surah. Al-mulk, dpt jd teman kita waktu dlm kubur. Assajdah pun baca lah malam2. Al-waqiah baca juga, utk rezeki kita. Insyaallah cuba ifah amalkan seminggu, lps tu 2 minggu lps tu ifah terus amal... Ifah tgk mcm mana ifah rasa. Ye...
Jumaat, baca surah al-kahfi. Sekurang2 nya 10 ayat pertama tu.

Diriku mengangguk2. Tanda setuju. Sebahagian yang beliau ajari itu ada yg telah jd amalan tetapku, sebahagiannya, menjadi nawaitu sejak bertahun2 (nak zikir setiap kali waktu solat, pg &ptg, dan bgn waktu tahajjud utk zikir waktu uzur), dan sebahagian ada ilmu baru yg kita kurang jelas, alhamdulillah dpt bertanya utk lebih penjelasan.

Syukur dpt usrah begini utk manfaat kita. Sbb tu kita ni kena sering mendengar (tazkirah dan usrah). Sbg peringatan sbnr nya. Kdg2 benda ulang2, benda yg kita dah tahu... Tp kita TERLALAI. Apabila dpt peringatan, maka kita rasa mcm syukurnya, aku terlalai sikit bbrp waktu ni.
Jom! Kita cuba buat. InsyaAllah.

Sblm pulang, dpt hadiah seutas tasbih buah tangannya yang baru kembali daripada mekah & madinah baru2 ini. Mereka sekeluarga menunaikan umrah hujung Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah, semoga tasbih itu berguna untuk diri ini.
Credit to : fb Noor Arifah

Sent from: Lenovo A850i











No comments:

Post a Comment