Assalamualaikum,
Saya berasa bersyukur Dan gembira kerana perkongsian saya tentang sakit batu hempedu memberi sedikit info kepada pembaca.Walau sedikit info, tetapi saya yakin anda semua telah membuat carian lebih tentang penyakit tersebut. Buktinya, telah ramai hubungi saya kongsikan perkembangan sakit mereka.
Batu Hempedu /Gallbladder stone saya kongsikan tentang fungi hempedu dalam tubuh Kita yang amat penting, gejala batu hempedu Dan beberapa cara rawatan yang available sekarang. Seterusnya, saya kongsikan caraperubatan natural body cleansing yang telah kami buat di pusat perubatan Azbudi. Sehingga kini, kami masih dalam perubatan tersebut. Terdapat perubahan pada size batu hempedu suami saya, walaupun agak perlahan pengurangan TU. Kami akan terus berdoa Dan terus ikhtiar. Insyallah, kuasa Allah akan dapat menyembuhkan.
Dalam tempoh perubatan natural body cleansing in, Doc Ada nasihatkan agar terus mengamalkan minum cuka epal setiap pagi atau malam. Sebenarnya sangat banyak khasiat cuka epal (apple cider vinegar) (ACV) Dan cuka madu (khal) pada tubuh badan Kita walaupun Kita TIDAK SAKIT.
Untuk kali ini, saya kongsikan khasiat ACV yang Kita tidak tahu sebelum ini.
Apple Cider Vinegar (ACV)
Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada Kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat Dan mineral. Ramai yang menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari buah epal.
ACV adalah sejenis cuka yang dibuat dari epal Dan warnanya dari kuning pucat hingga warna seperti amber.Terdapat berbagai brand di pasaran, antaranya S&W, Heinz Dan BRAGG.
ACV organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka.
Kebanyakan ACV yang anda dapati di kedai-kedai Dan pasaraya telah dipastur Dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka Dan lain-lain nutrien yang membuatkan IA tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan Baja kimia Dan racun perosak merbahaya.
Terdapat juga pada botol ACV dilabelkan dengan perkataan 'with the Mother', IA menandakan kehadiran faedah kesihatan yang banyak. Ia menguatkan sistem pertahanan tubuh. Secara khususnya, IA membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah Dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis.
Cara pengmbilan ACV
Campurkan 2 sudu besar ACV Dan 2 sudu besar madu. Larutkan di dalam segelas air suam. Minum waktu pagi sebelum sarapan atau sebelum tidur.
Kebaikan ACV pada kesihatan dalaman
Kebaikan untuk kesihatan luaran
Campurkan 50% ACV Dan 50% air.
Gunakan secara merendam atau dispray di tempat yang berpatutan.
Boleh juga digunakan bersama facial cotton atau kapas.
Antara masalah luaran yang boleh dimanfaatkan:
Untuk panduan pembaca sekelian, ACV jenama Solana Gold Dan BRAGG adalah disyorkan kerana kedua-duanya ACV
ORGANIK Dan boleh ditemui di rak barangan organik di pasaraya Jusco/AEON di seluruh negara. Harga untuk botol setengah liter hanya RM12.
Selain daripada membantu menyelesaikan masalah kesihatan, ACV boleh digunakan sebagai pengganti cuka biasa. Boleh juga digunakan sebagai salad gressing.
Elakkan dari membeli ACV synthetic yang mana pH tidak dikawal.
Apakah Status ACV dalam Islam
Dalam dunia Islam, masih terdapat percanggahan pendapat di kalangan ulama tentang status halal haram ACV. Ini kerana ia bermula dari perahan kemudian menjadi alkohol lalu selepas itu berubah pula menjadi cuka. Memandangkan ia TIDAK MEMABUKKAN sebaliknya mendatangkan lebih BANYAK KHASIAT dan FAEDAH kesihatan, kenapa ia perlu diharamkan. Yang pasti, produk terakhirnya ialah dalam bentuk cuka, bukan lagi dalam keadaan alkohol. Pihak TSM mengambil pendirian dan percaya kepada pendapat ulama yang mengatakan ianya adalah HARUS.
Ada terdapat banyak riwayat Rasulullah berkenaan cuka. Berikut antara riwayat yang pernah diceritakan oleh para sahabat;
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
Daripada Jabir r.a :
"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "
(Hadith riwayat Muslim no.2052)
Wallahualam
Selamat Mencuba
Sumber info : www.rawforbeauty.com ; The Secret Medicines
|
Wednesday, December 17, 2014
Kebaikan Apple Cider Vinegar (ACV)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment