}

Monday, December 29, 2014

ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI AKAN SESUATU KEJADIAN ITU

Di sebalik titis-titis hujan yang jatuh, Allah membawa bahasa cintaNya kpd manusia...

Allah tidak zalim...
Malah Allah kasih...
Lihatlah dengan hatimu..
Andai air bah ini tidak menjadi tragedi, pasti konsert2 ambang tahun baru itu akan diadakan..
Betapa ramai anak2 luar nikah akan dilahirkan...

Lihatlah lagi..
Allah memberi kita ruang untuk memberi sedekah...menghulur bantuan..

Lihatlah lagi...
Masjid2 diwarnai dengan bacaan yasin, tahlil dan solat hajat...
Jika tidak kerana air bah, barangkali jemaah hanya datang untuk bersolat sahaja....

Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dari mereka duduk saja..

Lihatlah lagi....
Dana kerajaan dapat disalurkan pada jalan yang betul..
Andai air bah ini tidak hadir, mungkin juga rasuah melata sana sini...

Allah memelihara Malaysia dengan kasihNya..

Lihatlah lagi...
Allah jadikan bah dan ujian itu sebagai penyatuan umatNya....

Ini ujian...ujian ini pasti tidak lama..
Ujian untuk menyatukan seluruh insan..

Sampaikan kepada mangsa2 banjir..
Supaya mereka juga dapat melihat musibah ini sebagai jalan untuk mereka membantu negara menyelamatkan 'sesuatu' dr 'sesuatu'.
"Kadangkala Allah beri musibah untuk elakkan musibah yg lebih besar..
"Allahuakhbar...Allahuakbar...Allahuakbar....

"ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI AKAN SESUATU KEJADIAN ITU"


Sent from: Lenovo A850i

No comments:

Post a Comment