}

Wednesday, October 1, 2014

KRISTAL MAYA TODAY LAST EPISODE :)



Hari ni last episode. nampaknya happy ending yahoooo....

Kristal Maya adalah drama terbaru yg ditayangkan untuk Slot Samarinda Tv3 bagi menggantikan drama Ramadan Jangan Pergi. Bersiaran setiap Rabu dan Khamis, 10 malam dan dilakonkan oleh Shah Jaszle, Amyra Rosli, Amar Baharin, Ryzal Jaafar, Elly Mazlein, Hefny dan ramai lagi. Ramai pelakon best2 dlm drama ni, so jom layan dulu sinopsis drama ni k.

Sinopsis Kristal Maya
Maya(Amyra Rosli) lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya sendiri Dato Efendi(Rahim Jailani) yang dibantu oleh Mona( Elly) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan.Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja, kekecohan berlaku apabila Ezam(Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz(Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Dato Efendi Sharizan(Hefny).Syukri(Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.
Dato' sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan  rahsia  tentang dirinya.Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya pada Maya.

Me,
(T_T) TeruTeruBozu's

No comments:

Post a Comment