}

Thursday, October 16, 2014

Khasiat Buah Delima

Kulit delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.
Delima turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, vitamin A dan vitamin C
Zat besi di dalam delima unsur penting dalam pembentukan darah merah.
Delima mengandungi antioksidan yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung
Delima dapat memusnahkan sel kanser kanser payu dara dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Pengambilan delima dapat menghalang pembentukan plak daripada terkumpul dalam salur darah arteri, mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik.
Delima boleh menurunkan tahap sistolik hingga 5 peratus
Delima dapat mencegah dan melambatkan nyanyuk.
Delima dapat menghalang plak gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi
Delima boleh memperbaiki usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta masalah batuk.
Delima berkesan meredakan cirit birit,bengkak usus dan najis berdarah
Delima boleh mencegah muntah-muntah, ubat kumur untuk masalah pernafasan berbau.
Delima dapat mengatasi masalah buasir kerana bairnya dapat bertindak sebgaii astringen.
Delima boleh mengatasi masalah kemandulan.

Banyak kan, khasiat delima ni..semuanya membantu kesihatan kita..


Buah Delima dan Rawatan Kanser Khususnya Kanser Payudara : Satu Harapan Baru,

Ketua Penyelidik dari Beckman Research Institute of City of Hope, Amerika Syarikat Profesor Dr. Shiuan Chen telah membuat satu kejutan penemuan baru dunia sains mengenai buah delima. Buah delima didapati menganduni penghambat enzim (Enzyme Inhibitor), sekaligus menjadikan ia berfungsi melemahkan kanser payudaya dengan membataskan perkembangan estrogen.

Hasil eksperimen makmal menunjukkan bahwa delima (pomegranate) mengandung sebatian kimia yang mampu mengurangi risiko terbentuknya hormon yang menyebabkan kanser payudara disamping dapat mengelakkan risoko jantung.

Delima yang rasanya segar dan manis ini mengandung fitokimia dan tinggi kandungan polifenol antioksidan. Jika seorang wanita sudah tidak lagi memproduksi hormon estrogen, maka risiko kanser payudara akan menurun iaini sama dengan yang disebabkan oleh kandungan fitokimia yang diperolehi melalui pemakanan delima.

Walaubagaimana pun para penyelidik belum dapat memastikan jumlah dos yang efektif untuk mencegah kanser payudara kerana sebatian kimia yang berasal dari makanan tidak mudah diserap oleh tubuh manusia.

Namun, para ahli mengatakan meminun jus dari sari buah delima adalah amat baik, apalagi kandungan antioksidan dalam satu gelas delima lebih banyak dibanding dengan satu gelas teh hijau atau jus oren.

Inilah kebesaran Allah. Setiap penyakit ada ubatnya iaini akan ada elemen yang membawa kesembuhan kepadanya kecuali MATI. Antara tumbuhan lain yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah delima sebagai penghambar enzim adalah cendawan. Kumpulan penyelidik Dr. Shiuan juga mengkaji kemungkinan rawatan kanser payudara dengan menggunakan ekstrak bahan dari cendawan selain buah delima! Saya amat pasti dengan meruqyah ekstrak buah delima atau cendawan akan menambahkan lagi kemujarapan bahan-bahan tabii kurniaan Allah SWT ini....


Sejuta Khasiat Delima
Delima digelar 'superfruit' mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau system kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu.Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.

RAHSIA PENCIPTAAN BUAH DELIMA
Di dalam Al-Quran disebut tiga tempat tentang buah delima. Pertama Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Dan Dia yang menurunkan air(hujan) dari
[20/08 18:47]

Sent from: Lenovo A850i

No comments:

Post a Comment