}

Thursday, October 30, 2014

CAJ-CAJ DI SSM DAN INFO SEMASA


1. Pendaftaran baru – RM60.00 jika guna nama trade/jenama/bisnes dan RM30.00 jika guna nama sendiri.
2. Pembaharuan pendaftaran – Sama seperti di atas bagi setiap jenis nama.
3. Denda lewat pembaharuan – RM30 untuk bulan pertama, dan RM10 untuk bulan-bulan seterusnya.
*Denda RM30 tetap dikenakan walaupun pembaharuan dilakukan lewat 1 hari dari tarikh tamat. :)
*Boleh buat pembaharuan tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil akuan pendaftaran.
4. Penukaran / penambahan maklumat (pemilik, alamat perniagaan dan jenis/aktiviti perniagaan) – RM30.00
Info semasa:
Jika dahulu SSM akan berikan satu sijil akuan pendaftaran yang tebal dan logo berwarna, kini mereka hanya berikan cetakan pendaftaran dalam bentuk kertas A4 biasa sahaja dan hitam putih. Namun masih mengenakan bayaran yang sama. :)

Me,
(T_T) TeruTeruBozu's

No comments:

Post a Comment