Seharus nya begini.. bkn melebih2kn org luar.. sb dr wktu kita memulakn kehidupn sbg pasangan yg halal.. pasangan kita yg lbh dulu jatuh n bangun bersama kita.. bkn org luar yg dtg wktu kita senang.. bila susah bayang2 pun x tau ke mana..
Ikatan perkahwinan yang harmonis amat membahagiakan. Walaupun tidak semudah yang difikirkan ia harus diusahakan agar berhasil. Pecahkan kebuntuan dan masalah yang melanda dengan memahami lima tips yang ditampikan disini. Sekiranya ia benar-benar dijadikan panduan kebahagiaan yang didambakan akan akhirnya dikecapi.
1. Tidak mementingkan diri sendiri.
Tanamkan perasaan saling cinta menyintai dan jauhkan sifat mementingkan diri sendiri. Jadi bukan hubungan di bilik tidur sahaja, tetapi fikir dan perhatikan juga tentang kebahagiaan, kesihatan dan keinginan pasangan anda.
2. Hormat-menghormati.
Sentiasa saling hormat menghormati dan melayani perasanan antara satu sama lain.
3. Peka pada perubahan.
Baik perubahan rutin hubungan batin samada akibat menopous ataupun perubahan dalam karier dan sebagainya.
4. Sebagai teman karib.
Jadilah teman sejati kepada pasangan anda. Kerana itu anda hendaklah saling menerima, bantu membantu dan berkongsilah suka dan duka.
5. Bersama menikmati hubungan asmara.
Agar hubungan asmara lebih terasa unik, hendaklah sama-sama merasa dan menikmati nikmatnya. Berusahalah agar mempunyai persamaan dalam harapan, impian, prinsip hidup mahupun khayalan.
Dipetik daripada Majalah Nona Semtember 1998
Me,
(T_T) TeruTeruBozu's
No comments:
Post a Comment