}

Saturday, May 18, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6


Mama memberi minyak kepada Syaf untuk disapukan pada luka ditangan firash. Tok Wan mula risau bila melihat firash naik angin. Mama firash iaitu zah  mengatakan yang firash anak manja dan tidak matang lagi. Tok Wan mula membebel akan hal Firash yang tidak matang  kepada mama zah sehingga melibatkan suaminya. Tapi tanpa disangkakan Tok Wan mula suka pada Qira dan meminta zah agar qira dijadikan menantunya (dah mmg menantu dia pun.. comel betul Tok Wan Firash ni. Cium kang baru tau kekeke)

Dialog tokwan dan mama firash

Tok Wan : Zah apa kena anak ko rash tu angin tak tentu pasal
Zah : Biasalah mak anak manja tak matang2
Tok Wan : ko ingat matang tu ada jual kat kedai (Kedai basikal ada jual kot Tok Wan heheh). Boleh dibuat2, tak adanya dia datang sendiri
Zah : Kadang2 zah geram juga mak ialah nk ikut kepala dia aje, tak boleh tegur langsung. tak dengar nasihat org tak makan saman. Tak tau la mak ikut perangai sape
Tok Wan : ko nak tau perangai sape, perangai suami ko la, sapa lagi.

Syaf terus mencari firash untuk merawatnya. Tapi pertolongan syaf nampaknya membuatkan firash tidak puas hati sehingga syaf marah dan menberi minyak itu kepadanya. Mereka berdua ni kalau jumpa pasti ada sahaja yang tidak puas hati. Lepas tu masing2 makan hati. Alahai kesian nya…

" Muka tak puas hati"

Pada malamnya syaf cuba memasak pulut kuning, lalu syaf meminta mama merasanya dan mama mengatakan ianya sedap. Lalu meyuruh syaf meletakkan pulut kuning kedlm Loyang.

“ Mama Tokwan letak Loyang kat mana. Cuba syaf tengok kat dlm store tu. Baik la mama.”

Sedang syaf mencari loyang di rak tersebut, firash ternampak lalu mempelawa syaf adakah dia memerlukan bantuan darinya.. syaf mengatakan ia. Tapi sebenarnya firash sahaja menyakat untuk menyakitkan hati syaf. Dan membiarkan syaf mencari Loyang itu sendiri. Sedang asyik mencari, tanpa disedari kerusi yang di panjantnya tergelincir dan menyebabkan syaf terjatuh. Firash yang berada disitu hanya mentertawakan syaf sahaja. (jahat betul, gelak sakan plak tu. Kesian kesian…) kebetulan Tok Wan lalu disitu dan membantu syaf agar dapat bediri semula.

Firash : Nak tolong ke
Syaf : Ha boleh juga klu nak tolong
Firash : tolong la diri sendiri
Syaf : Eh.. Oii… gedebuk jatuhnya syaf
Firash : Hahahaha (gelak besau ya ko firash) …. Sakit ker
Syaf : Eh sakit ler apa.. ha awak tu main2 org tengah sakit ni tau tak

Rania mula rasa risau kerana masih lagi tidak dapat menawan hati firash, lalu dia menceritakan kepada kawannya. Lalu di gelak kan aje oleh kawannya kerana kalah dengan sara yang dikatakan minah senget heheheh… dia yag senget tak perasan

Kecurangan isteri kedua Datuk Fakrul telah diketahui oleh nya. Iaitu diberitahu oleh PA

Pada mlm sebelum kenduri Hakimi datang menjenguk ke rumah Tok Wan untuk menolong apa yang patut. Firash mula rasa cemburu akan kedatangan hakimi. Dan memerli hakimi “ wat apa datang tengah2 malam ni. Kendurikan esok. Sahaja datang nak tolong Tok Wan… nak tolong tok wan konon”

Keesokan harinya keduri  bermula. Masing2 terkenangkan saat2 manis bersama arwah farish terutama Mama Za yang teringatkan saat dia meraihkan ulang tahu kelahirannya bersama arwah. Masing2 mengalirkan air mata.. syaf turut terasa hati dan sedih bila melihat meraka sekeluarga.

Semasa menghantar makanan kepada org2 kampung yang hadir firash sempat lagi menegur syaf samada cukup atau tidak pad yang dibelinya 2bungkus mlm semalam.. (comelkan.. sayang juga dia kat syaf)


Mama dan tok wan mula menungu firash, tok wan terus memangil firash, firash keluar dari dapur dan mengatakan baru selesai mengambil wuduk. Sedangkan dia sebenarnya makan di dapur.. kerana dia sedawa depan tok wan.. hahah kantoi siap menipu lagi di siang hari.. mereka semua beredar dan meninggalkan syaf sendirian di rumah. Mama sempat berpesan kepada syaf agar tidak membenarkan sesiapa masuk kedlm rumah..

Sedang syaf mengemas rumah. Hakimi memberi sms kepada syaf.

" Mama, Firash Dan Tok Wan terperanjat bila hakimi ada di dlm rumah mereka"
Setibanya mereka kerumah. Mama terperanjat kerana rumah sudah siap dikemas. Tetiba muncul hakimi dari dapur dan memberitahu pada syaf apa yang perlu dia lakukan lg.. Tokwan, Mama dan firash mula terperanjat akan kehadiran hakimi. Lalu tok wan dan mama zah terus beredar manakala firasah masuk kebilik tanda tidak puas hati. Syaf mula rasa bersalah dan terus berjumpa firash untuk meminta maaf. Tapi terbantut kerana dipanggil oleh tokwan. Sebelum beredar firash sempat meluahkan kemarahannya kepada syaf.


Syaf : Awak. awak
Firash : Ko nak apa
Syaf : saya sebenarnya nak minta
Suara tokwan berteriak memanggil syaf
Farish : eh… lain kali klu ko nak. ko bagitau aku.. aku boleh bagi.. bukannya haram pun. Daripada ko duduk bersama dengan jantan lain

Sebelum Tok Wan menangil syaf. Sebenarnya tok wan meminta za menasihatkan syaf apa yang dilakukannya itu salah..
Syaf terus keluar dari bilik firash dan terus menuju kearah tok wan. Tetapi tok wan sudah beredar. Lalu syaf berjumpa dgn mama. Mama menasihatkan syaf agar tidak melakukan pekara yang sama lagi. Iaitu membenarkan lelaki lain masuk kerumah.. syaf meminta maaf pada mama, dan mama sudah pun memaafkan nya. Mama menyuruh syaf meminta maaf kepada firash.

Syaf keluar rumah mengambil angin lalu terjumpa dengan hakimi. Hakimi mempelawanya jalan bersama-sama dgnnya. Tapi syaf memberi pelbagai alasan. Sehingga dia memberitahu hakimi dia perlu minta izin kepada firash dahulu. Dan hakimi terasan pelik KENAPA PERLU MINTA IZIN PADA FIRASH, SEDANGKAN DIA BUKAN SUAMI SYAF.. (mmg suami dia pun heheh kecian hakimi ni kan...)

Firash, Syaf, Mama dan Tok wan kerumah hakimi. Disana banyak adengan perli memerli oleh emak hakimi tentang peragai firash masa kecik2. Masa kecik2 si firash dah pandai megorat anak org.. hahaha kantoi. semasa hendak balik hakimi memberi duit gaji pertamanya kepada tok wan dan juga syaf (time ni firash begang giler dia tengok hakimi)

Sesampai dirumah syaf berkira2 hendak ke bilik firash untuk meminta maaf. Tetapi digagahinya juga masuk kedlm bilik sebelum firash membenarkannya masuk dahulu. apabila diherdik oleh firash, syaf terus memegang tangan dan meminta maaf kerana membenarkan hakimi masuk kdlm rumah. (waktu ni mmg kelakar giler)

                                       " main sembunyi2 yer firash... pandai cover line "
masa ni pun kantoi juga dgn tok wan. syaf keluar aje bilik bertembung dgn tok wan dgn memberi alasan hendak meminjam charges hset.. tapi firash tak ada dlm bilik.. lalu tok wak tengok ke dlm bilik didapati betul firash tak ada. sebenarnya firash sembunyi bawah katil... mmg sehaluan mereka berdua. pandai jaga line hehee... selamat syaf..



 
pada mlmnya syaf sakit pinggang dan keluar keruang tamu untuk mencari minyak urut untuk di sapi kepinggangnya.. firash ternampak syaf mundar mandir di ruang tamu lalu bertanya. dia terus mengambil miyak urut dan membawa syaf ke dalam bilik.. tengah firash sedap2 urut pinggang syaf sempat pulak tu dia mimpi duk main cucuk2 pinggang bagai.. hahah lawak. siap jerit2 lagi time tido. nasib firash sempat tutup mulut syaf..

" baru kena urut.. siap mimpi bagai lagi"

"Muka terkejut lagi, bila kena suruh selak baju.. hahahha"

 selesai aje firash terus membuka pintu untuk kebiliknya... jeng... jeng... rupanya kali ni betol2 kantoi dengan tok wan... tok wan dok tercegat depan pintu... telan air liur nampaknya firash dan syaf..


" Muka terkejut, kantoi dgn tok wan"
Bersambung...

Credit Gambar SSID : Facebook : Zura Asyfar


Me,
TeruTeruBozu's



No comments:

Post a Comment