}

Tuesday, December 18, 2012

Trip to Sabah - 05/12/12 to 09/12/12


Trip to sabah (5 hari 4 malam - 05/12/12 to 09/12/12)


Bilik peginapan berhadapan dengan Persatuan ikan2 masin sabah dan pasar kraft tangan. sebelah kiri ada pasar mlm setiap hari non stop:)

1st day - 05/12/12

1) Bersiar-siar ke pantai tanjung aru

" Me & En. Hubby di Tanjung Aru"

2) Melawat ke petagas war memorial (tempat kapal terbang terhempas) kat sini ada restoran semua jenis makanan dlm negeri dan luar negeri termasuk makanan korea.


" restoran di petagas war memorial "

3) melawat masjid negeri sabah (likas) solat zuhur

4) ke menara tun mustapha / bagunan yayasan sabah (masa ni cuaca panas yg amat sgt)

" Menara Tun Mustapha "

5) check in ke bilik peginapan

6) malam aktiviti bebas...
" kereta VIVA ni mmg unik. kat belakang bonet ni ada kepala paip. aku jumpa masa tengh jejalan kat kota KK. cepat2 aku snap gambar heheheh "
2nd days - 06/12/12 (cuaca kat sini sangat sejuk)

1) Melawat ke jambatan tamparuli


" inilah makcik aku dengan anaknya yang cute di Jambatan Tamparuli "

2) ke pekan nabalu (banyak jual buah durian)


" pelik kan duri durian ni. wat masa ni aku baru pertama kali tengok duri yg mcm ni. namanya durian hutan, isinya berwarna merah"

3) Melawat ke pekan kudasang (beli cenderahati, t-shirt murah2 n cantik2 kat sini)

" T-shirt ni ler yg aku beli kat pekan kudasang. comel tak kitaorg "

4) Melawat ke kudasang war memorial (tawanan tentera british) tempat ni mmg tempat yg asal. cuba dibaik pulih aje. kubu yang ada pun adalah yg asal.)



" pintu masuk War Memorial Kudasang - pinjam Pic kat member aku sat hehehe "




" kudasang war memorial "

5) Melawat ke kinabalu part (dari sini kena ke kaki puncak gunung kinabalu untuk lihat gunung kinabalu. tapi kena pi awal2 kalau lmbt nanti dah kena tutup dengan kabus atau awan. trip kitaorg terlambat so tak dapat tengok. gunung kinablu terlindung kabus)



6) Melawat ke Desa Cattle ni kat mesilau (kat sini tempat menternak lembu tenusu. susu lembu fresh dari ladang pun ada jual. harga murah n sedap sangat. dapat tengok proses memerah susu lembu. tempat ni cantik sangat dan sejuk.)

" tempat dia sejuk yg amat sangat "


" Fresh Milk --> aku pinjam pic kat member. tapi susu segar ni mmg ada jual kat Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd. harga dia RM4.50 "

" pic sekitar Desa Cattle "


7) Melawat ke poring hot spring (terlalu ramai org, ingatkan nak sewa bilik. tapi waktu terhad. jadi tak sempat nak mandi air panas. hanya dapat rendam kaki aje. gambar pun tak dapat ambik)

8) sampai ke bilik penginapan 8.00 mlm (penat yg amat sangat)

3rd days - 07/12/12

1) Kepulau mamutik (aktiviti mandi-manda dan snorkeling. pulau ni kira ok lagi nampak coral dan ikan. tapi aku lebih teruja kat pulau redang ** zoo laut *** sebab kat mamutik ramai org n air laut dia keruh. ikan pun takut heheh)

2) Kepulau manukan (kat sini tepi jeti aje nampak ikan. bila pi tepi pandai nampak botol air mineral dalam laut.)

3) melawat ke sekolah terapung pulau gaya (sek men. ni tersangat2 lah cantik)

" OTW ke pulau manukan & mamutik "

" Pintu masuk ke pulau mamutik "

" Pintu masuk ke pulau manukan "

" di jeti pulau Manukan. peace no war... jangan gaduh2 yer "

" nampak ikan kecik aje. "

" sekolah terapung pulau gaya "

********** To Be Continue ************


Me,
TeruTeruBozu's



No comments:

Post a Comment