}

Monday, November 26, 2012

Novel Twilight Saga

Salam,

tadi aku dok mencari novel online twilight saga kat google. tetiba terjumpa satu website kira syarikat penerbitan novel "PELANGI BOOK" ---> website

dia ada jual novel twilight saga versi bahasa melayu. boleh sakit otak aku dibuatnya. sebab aku mmg dah lama cari. sebelum ni yg ada semua bahasa english. nak beli tu mmg boleh. tapi lambat skit ler nak habiskannya. tapi skang dah ada jual. tapi duitnya tak mengizinkan pula. mcm nak nagis aku dibuatnya sob... sob...

SINOPSIS


Twilight berkisar tentang seorang gadis yang menjalin hubungan dengan kumpulan puntianak. Kisah bermula apabila Isabella Swans atau Bella berpindah dari Phoenix ke Forks untuk tinggal bersama-sama ayahnya, Charlie, selepas ibunya berkahwin lagi.

Ketika bersekolah di Sekolah Tinggi Forks, dia berkenalan dengan adik-beradik Cullen dan kemudian mengetahui bahawa keluarga Cullen sebenarnya puntianak. Bella kemudian jatuh cinta kepada Edward Cullen, salah seorang daripada puntianak tersebut. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Bella menjadi buruan kumpulan puntianak lain yang bernama James. Dengan bantuan Edward dan keluarga Cullen yang lain, Bella akhirnya terselamat.

Judul: Twilight (Senjakala)

Saiz Buku: 130mm x 190mm

Muka Surat: 496 halaman

Kod Jalur: 978-983-00-4232-9

Kod: SSTM7001

Harga (S.M): RM34.90

Harga (S/S): RM35.90



SINOPSIS


Sambungan daripada Buku 1, Cinta Baru dimulakan dengan masalah hubungan cinta antara Bella dengan Edwards yang memaksa Edward memutuskan hubungan dengan Bella kerana tidak mahu membahayakan nyawa Bella.

Bella kemudian bersuhabat dengan Jacob Black dan kawan-kawannya, Sam Paul, Embry dan Quil. Apabila Jacob Black kemudian menjauhkan diri daripadanya, Bella mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan akhirnya mendapat tahu bahawa Jacob Black dan kawan-kawannya merupakan kumpulan serigala jadi-jadian.

Konflik cerita ini sampai ke kemuncaknya apabila Bella menyelamatkan Edward Cullen daripada cubaan membunuh diri serta menjadi mangsa kumpulan puntianak daripada puak Volturi.

Judul: New Moon (Cinta Baru)

Saiz Buku: 130mm x 190mm

Muka Surat: 544 halaman

Kod Jalur: 978-983-00-4233-6

Kod: SSTM7002

Harga (S.M): RM34.90

Harga (S/S): RM35.90

SINOPSIS


Sambungan daripada novel Cinta baru, Bella masih terpaksa memilih antara cintanya pada Edward, si puntianak, dengan persahabatannya dengan Jacob, serigala jadi-jadian.

Pada masa yang sama berlaku beberapa siri pembunuhan kejam di Seattle, yang rupa-rupa masih terus memburu Bella. Kali ini berlaku pertempuran antara kumpulan puntianak baru yang diketuai oleh Victoria dengan keluarga Edward yang dibantu oleh kumpulan serigala jadi-jadian. Dalam pertempuran ini, Victoria akhirnya tewas.

Kesepakatan antara puntianak dan serigala jadi-jadian membuat Bella akhirnya sedar bahawa dia sebenarnya mencintai Jacob juga. Dia terpaksa membuat keputusan sama ada memilih kematian dengan berkahwin dengan Edward, atau memilih kehidupan.

Judul: Eclipse (Gerhana)

Saiz Buku: 130mm x 190mm

Muka Surat: 696 halaman

Kod Jalur: 978-983-00-4660-0

Kod: SSTM7003

Harga (S.M): RM46.90

Harga (S/S): RM49.90


SINOPSIS


Cerita ini mengisahkan perkahwinan Bella dengan Edward, keadaan Bella yang hamil yang menimbulkan persengketaan antara keluarga Cullen dengan kumpulan serigala jadi-jadian, serta transformasi Bella menjadi puntianak selepas melahirkan anak perempuannya, Renesmee.

Kelahiran anak puntianak ini menimbulkan konflik dengan puak Volturi kerana anak puntianak merupakan kepantangan atau sesuatu yang ditegah dalam dunia puntianak. Hal ini menyebabkan puak Volturi bertindak untuk menghapuskan anak puntianak ini. Bagaimanapun dengan sokongan kumpulan puntianak lain seperti keluarga Denali, puntianak pengembara, dan kumpulan Amazon sebagai saksi keluarga Cullen, serta kesepakatan dengan kumpulan serigala jadi-jadian, puak Volturi akhirnya terpaksa membatalkan niat mereka, menyebabkan keluarga Cullen terselamat.

Judul: Eclipse (Gerhana)

Saiz Buku: 130mm x 190mm

Muka Surat: 696 halaman

Kod Jalur: 978-983-00-4660-0

Kod: SSTM7003

Harga (S.M): RM46.90

Harga (S/S): RM49.90

6 comments: