}

Wednesday, October 17, 2012

Cerekarama TV3 - Salahkah Aku

Cerekarama TV3 - Salahkah Aku







Pelakon dia Anzalna & Sein Ruffedge.

Masa dan waktu ditayangkan pada hari sabtu (10.00mlm) waktu malayisa, bersamaan dengan 13.10.2012 (27 Zulkaedah)

Yang membuatkan aku tertarik dengan drama ni sebabnya mengisahkan satu kehidupan berumahtangga. Seoarang isteri yang terlalu social sehingga membuatkan suami turut masuk ke alam socialnya demi untuk menyelamatkan isterinya dari terus hanyut. Suami dia cukup penyabar dan tenang dalam mengatasi kerenah isterinya. ada adengan yang membuatkan aku nagis tahap gaban jugaklah sebab dah tak tahan sangat..Untuk mengulas lebih panjang mmg ler aku tak berapa pandai. Sebab karangan aku mmg gagal. Jadi aku copy synopsis ni dari google.

Kalau berdasarkan synopsis yang aku search kat internet mcm ni ler -à

Salahkah Aku berkisar tentang pasangan suami isteri iaitu Adam dan Allysa yang mempunyai gaya hidup berbeza.

Adam seorang yang sangat warak merupakan kelulusan jurusan ilmu syariah Universiti Al-Azhar, Mesir manakala Allysa seorang yang gemar bersosial. Adam cuba menasihati isterinya itu tetapi sring gagal kerana bagi Allysa, Adam terlalu memaksa.

Akhirnya, Adam menemui jalan buntu, Allysa bukan sahaja tidak berubah bahkan semakin hebat bersosial.

Atas nasihat Ustaz Khalid yang merupakan guru dan tempat rujukan agamanya, Adam bersetuju untuk masuk ke dunia Allysa.

download drama --> Salahkah Aku

Lagu2 didalam drama salahkah aku :
1) Aku yang masih - farahwahida dan fakhrul razi 
2) Aku yang masih versi Rahayudean feat dhia
3) Kau telah pergi- farahdhiya

Selamat berhibur...
Me,
TeruTeruBozu's






No comments:

Post a Comment