}

Thursday, January 12, 2012

Yang Merungsingkan



Salam,

Risau betul aku hari ni. Sebab nanti kul 10.30pg ada meeting untuk semua head dept. jadi semua kepala2 dept diwajibkan masuk meeting. Tapi kadang2 ada gak yg ngelat tak nak masuk. Wat2 keluar kata ada kerja nak wat kat luar. Tapi tu bukan aku ler. Malas btul nak masuk klu der meeting ni. Klu aku warkan per masalah pun. Bukan dilayan sgt bos2 aku ni. Aku cakap lain. Nanti dijawapnya lain. Jadi setiap kali turn aku. Msti aku jawap takder per2 masalah. Walaupun kdg2 masalah tu banyak. Tapi aku lbh sng sattel sendiri dgn office mate yg lain.. sayang korang semua.

Aku keja kat company ni dah lama sebenarnya dari tahun 1997 hingga 2012 (15 tahun sudah berlalu.) masa yang paling megembirakan saat2 dpt hadiah rm800.00 perkhidmatan selama 10 tahun. Dapat jam tangan CYMA untuk 5tahun. Sampai sekarang jam ni ada lagi aku pakai. Tapi masa 10tahun yg dulu la. Sekarang ni dah takder suasana mcm tu. Yg ada skang plan nak berhenti. Wat kerja sendiri. Tapi tak berhenti2 juga aku ni. Kawan2 yang lain semua dah berhenti. Mungkin rezeki aku mmg kat sini. Alhamdulilah, setidak2nya aku tak hidup merempat.

Yang aku risaukan sebenarnya ada 3 point jer à

· Risau kena sound dgn bos sebab akhir2 ni aku banyak mangabiskan masa mendownload OST drama korea atau movie korea. Kerja pun aku tak berapa nak siapkan. Aku kena submit kat kastam seminggu sebelum 27/01/12 ni. Tapi report tak buat lagi. Bukan tak buat tak update dari tahun depan sampai tahun ni. Padan muka aku. Yg membuatkan aku malas nak buat keja pun sebab mamat yg selalu menghantar document kat kastam dah nak berhenti. Dia last akhir bulan ni. Jadi aku juga yg kena pergi. Malasnyaa……..
· Tiba2 bos cakap tahun ni bonus dibekukan. Aduh masaklah aku. Mcm2 dah plan nak buat dgn duit bonus tu. Baru nk beli handphone baru. Kalau takder nampaknya apa yg aku inginkan tak kesampaian.. Sakitnya……
· Mesti bos aku akan cerita panjang kenapa bonus dibekukan. Itu lagi aku malas nak dengar. Untung juta2 tak mau cerita. Asyik cerita tak der untung. Tahun ni banyak sgt lost. Itu aje la modal diaorg. Dpt projek byk2 pun. Makan sendiri la aku rasa..

Itu ajer la yg aku nak luahkan..

Sekian,
TeruTeruBozu yang comel… :)

No comments:

Post a Comment