}

Monday, January 2, 2012

Happy New Year

Tahun baru datang lagi.. mmg pasti akan menjelang :)


As’salam’mualaikum…

Cepat sangat masa berlalu. Berakhir sudah tahun 2011 dan menjelang tahun 2012, mesti ramai yang telah memasang azam untuk tahun baru ni. Setiap tahun pasti ada azam2 baru yang hendak dikotakan. Tapi tidak semua dapat dilaksanakan seperti apa yang telah dirancangkan. Ialah kita hanya merancang tapi Dia yang masa Esa yang menentukan. Tapi kalau disertakan dengan hati ikhlas, usaha dan yakin… Insya’Allah akan terlaksana.




Mungkin masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua sahabat handai, saudara-mara serta keluarga tercinta. Maafkan segala apa pun kesilapan yang telah terjadi secara sengaja atau tidak sengaja selama kita bersama-sama…

Semoga kalian semua sihat selalu, dimurahkan rezeki, hidup bahagian disamping orang-orang tersayang. Aku pinjam awan ni dari kawan kat FB Kasih Ime, Kalau kita semua dapat terbang diawan tinggi, aku harap kita semua tidak akan terhempas jatuh macam tu sahaja. aku harap kita semua akan dapat terbang lagi tinggi. setinggi azam2 yang baru sahaja kita impikan dan akan kita semua kotakan... Insya'Allah... Cantiknya awan ni, itulah ciptaan yang maha ESA.


Dari Saya…
TeruTeruBozu

No comments:

Post a Comment