Mula2nya kerusi ni kayunya dah comot sangat :) tak kan nak buang. kalau nak buang pun kena sewa lori. bukan boleh suka2 nak buang. al maklum ler.. aku di duk kat flat. jadi aku cat semula. nampak mcm baru beli. klu org lain dah tk pakai kot kerusi mcm ni. pattern lama.. kira zaman jepun punya.. hehehe... tahun ni rumah aku bertema warna purple n pink.
Rack ni beli kat romantika di ayer keroh melaka. kira ala2 english la ni. dari kosong aje dinding kat rumah tu aku letak rack ni.
sarung tisu tu beli kat romantika ayer keroh melaka. murahh aje RM10.00 klu kat tempat lain ada yg jual sampai rm20.00. Bunga ni beli kat romantika angsana Rm68.00. aku beli dh siap gubah, klu nk gubah sendiri, nampaknya makan tahun ler nak siap hehehh...
ni tempat lepak aku n hubby bile tengok TV. carpet ni aku beli dengan akak asmawaty (beli online kat FB) aku dah tengok byk tempat, dgn akk ni jer harga kira murah skit.... RM98.00 jenis dulo2.. tapi lembut n tak panas.
tu semua koleksi novel aku. n yang dalam bakul tu ada yg aku beli, ada yang kawan hadiahkan. bakul tu aku balut sendiri dengan renda lace. dolly yg kain kotak2 kecik aku beli online kat FB dgn mysweet cottage (RM8.00 / pc)
Inilah kabinet dapur aku yg tersangat ler comel.
Tempat aku mencurahkan segala skill masak-memasak disini. dapur ku yang comel giler. khas utuk aku sorang aje. aku suka sangat dgn tuala ayam tu. kalau der duit lebih nak beli carpet ayam plak.. jgn aku berkokok kat dapur sudah la yer..
As'salam'mualaikum...
inilah rumah ku yang comel. selepas aku make over n cat semula perabot mak mentuaku. asalnya semua nampak kusam. aku n hubby cat semula. nampak ler ceria sikit set kerusi di ruang tamu tu..
No comments:
Post a Comment