}

Saturday, September 29, 2018

Mc Delivery

Annyeonghaseyo

Kisah pagi tadi, order breakfast di MCD by online. Dan pengakhiran nya tersalah klik alamat penghantaran. Operator MCD call n beritahu pesanan akak sudah sampai. 

Mcd operator : puan nya mknan dah sampai

Me : rumah saya bahagian bawah sekali

Mcd operator : okay sy inform pd budak delivery

Me : maaf nak tanya, alamat penghantaran di mana yer

Mcd operator : Hx Lexxx n sekian sekian.. Bla bla.. 

Me : mengucap panjang. Nak tahu kenapa. Tersalah bg alamat. Aku bagi alamat office.

* maaf yer akak terbagi alamat office, if awk tak boleh hantar takpe. Cancel aje order tu. Sbb akk pun dah buat bayran. Tapi still berharap yg pihak MCD bleh hntr ke rumah. Sbb dah lapar yg amat sgt. Tunggu hampir 1jam. Mknan pun sampai, alhamdulilah tq MCD. Tapi iced latte dia tawar giler, rasa kopi yg pekat. Sebelum ni order okay ajer rasanya *

Ceritanya panjang lagi, tapi aku pendekkan. Sbb ntn jd drama plak kan. Moral of story sebelum buat order pastikan alamatnya betul.. Arasooo.. 😁

Mini Love.
TeruTeruBozu
With Love

Selamat datang 😍😍😍

Annyeonghaseyo (안녕하세요) 

lama nya tak bercerita di blog. Waktu sekarang mesti ramai kawan² yang sibuk urusan kan hal anak² keluarga dll

Me, tak ada apa yang membahagiankan. Kecuali diri sendiri yg mengatakan "AKU HAPPY" buat apa nak susahkan diri. Nak fikir hal orang lain kan. Sebab kehidupan kita semua berbeza. Ko jangan lah kata yg ko paham akan perasaan kawan² .. Tipu ajer lah semua tu.

Dalam hidup aku tak pernah ada istilah BFF. Sebab semua kawan tetap kawan. Aku sendiri dan terus sendiri. Sampai hari ini 😅😅 sedih betul org mcm ni. Bila hujung minggu duduk rumah layan drama korea dr satu episode ke episode yg lain dan tunggu hubby balik kerja.

Kawan² di FB, whatsapp status mcm² update.. Kisah anak, suami, putus cinta, emosi tak tentu pasal. Semuanya di luahkan.. Aku hanya baca dan baca status diaorg.. Kdg² mcm nak reply bg nasihat, walaupun aku bukanlah yg baik². Wahai kawan² semua cukup² lah tu. Tak perlu semua benda nak diceritakan.. Tapi bila dah panjang berjela aku menulis.. Aku akan delete, sbb aku tak nak ada yg terluka. Walaupun banyak kali aku rasa terluka dgn kata² mereka.

Since Jan ~ Sep'18 terlalu banyak yg aku lalui. Sedih, gembira, ketawa, kadang² tahan sebak sesorang. Tahan perasan marah, cemburu, iri hati dan macam².. Kalau nak bercerita boleh jadi drama korea bersiri. 

Biarlah aku pendam di blog ni. 

"LIFE IS BETTER WHEN YOUR'E LAUGHING"

marilah kita gelak berjemaah. Ketawalah seolah² esok ko dah tak boleh ketawa.

Assalamualaikum semua..
Sayangilah diri anda 

Mini Love
TeruTeruBozu
With Love

Wednesday, January 17, 2018

Charlie Puth - Titanium (Lyrics)






Me,

TeruTeruBozu


Istighfar Pembuka Rezeki Berlimpahruah


Saya Tengok Video Ustaz Yusuf Mansur Tentang Istighfar Pembuka Rezeki Berlimpahruah Dan Dia Ajarkan Bagaimana Dengan Istighfar Dapat Minima 1 Juta Ganjaran

Satu malam, guru berikan link Ustaz Yusuf Mansur bertajuk Istighfar Pembuka Rezeki Melimpah dan Berkah.

Salah satu ajaran dia, "Waktu tahajud, selesai solat semuanya dia akan buka video Youtube > dengar."

Waktu pagi kan minda masih segar dan terasing daripada perkara-perkara negatif lalu isikan dengan 'makanan' yang baik-baik buat minda.

Hari ini terbangun sedangkan baru tertidur jam 12am. Selepas selesai solat semuanya, perut pula entah kenapa. Rasa tak sedap.

Daripada tak boleh tidur, terdetik tentang link video yang guru hantar. Pasang earphone dan dengar. 

Daripada terfokus pada sakit, fokuskan pada perkara yang lebih baik. 

Durasi video itu sekitar 1 jam. Tanpa sedar terdengar sampai habis. 

Ini ilmu istighfar yang refresh dan upgrade kefahaman tentang istighfar. Dengan izin Allah, buat anda semangat mahu praktikkan. 

======
Istighfar Pembuka Rezeki Melimpah dan Berkah

Ada soalan daripada audiens,
"Istighfar yang bagaimana sebaiknya diamalkan?"

Jawapan Ustaz Yusuf Mansur,

//
Saya mengamalkan istighfar seperti ini,

Lailahaillah 
Tiada Tuhan selain Allah 

Astagfirullah
Aku memohon ampun kepada Allah 

Walijamiil muslimin wal muslimat wal mukminina wal mukminat

Juga untuk semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat

*jika salah terjemahan, mohon betulkan

#1 - Lailahaillah

Dimulakan dengan kalimah ini, kerana, perbaharui keyakinan kepada Allah...

+ Jika kita nak hutang selesai, tiada yang dapat selesaikan hutang kita selain Allah 

+ Jika kita nak kereta, tiada yang dapat beri selain Allah

+ Jika kita nak jodoh, tiada yang dapat beri selain Allah 

+ Jika kita nak rumah, tiada yang dapat beri selain Allah 

+ Kita mahu apa pun, TIADA yang dapat beri selain Allah 

#2 - Astagfirullah

Kita mohon ampun kepada Allah. Pada saat kita mohon ampun kepada Allah, Allah akan perbaiki dan ganti kehidupan yang lebih baik.

Misalnya, pada saat kita istighfar, jika dulu selalu cakap buruk-buruk tentang orang, Allah akan perbaiki kita cakap yang baik-baik tentang orang. 

Pada saat kita istighfar, jika sebelum sering rasa gelisah, Allah akan ganti dengan ketenangan. 

Boleh jadi juga setelah kita istighfar, Allah perlihatkan dosa atau kesalahan kita pada orang lain. Itu menjadi asbab untuk Allah angkat darjat kita.

Misalnya, setelah kita istighfar, ibu bapa tetap marah-marah sama kita. Lalu tidak lama kemudian, teringat, pernah menyakiti ibu bapa kita. 

Kita minta maaf. Selesai. Kata Ustaz Yusuf Mansur, enggak apa-apa jika ada ujian orang marah-marah kita. 

Moga itu menjadi asbab Allah angkat darjat kita. 

"Ya, enggak apa-apalah orang itu marah-marah kita. Asalkan Allah terima taubat dan angkat darjat kita.

Alham...? lalu disambut audiens, ...dulillah" - Ustaz Yusuf Mansur 

#3 - Walijamiil muslimin wal muslimat wal mukminina wal mukminat

Selepas kita mohon ampun untuk diri sendiri, kita mohon ampun juga untuk orang lain. 

Kalimah ini ustaz tekankan hal sedekah. Dalam Al Quran banyak ditekankan apabila buat 1 kebaikan, dapat minima 10x - 700x ganda ganjaran pahala.

Bayangkan kita minta ampun untuk semua umat Islam di dunia. Di dunia ya, bukan Malaysia sahaja.

Katakan Malaysia ada 1 juta orang (contoh).

1x minta ampun untuk umat Islam sedunia
= 1 x 700 x 1,000,000 (Malaysia sahaja)
= 700,000,000

Masya-Allah banyaknya. Istighfar 1x sahaja sudah dapat 700,000,000 (700 juta)ganjaran pahala sedekah. 

Bayangkan bila kita istighfar minima 100x.
= 70,000,000,000,000 (camano nak sebut eh ni)
= 70 trillion

WOW!!! Masya-Allah. Sape nak bagi 70 trillion ganjaran / reward / free gift?

Minta ampun untuk Malaysia sahaja sudah dapat 70 trillion ganjaran. 

Kirakan sendiri total umat Islam yang ada di dunia ini. Masya-Allah sudah jadi more than trillionaire dengan PERCUMA, CEPAT dan SANGAT MUDAH :D 

Maha Pemurahnya Allah dalam memberi ganjaran kepada hamba-Nya. 

Best ke best sangat?

Jika ada yang bertanya,
"Kok mahu dihitung bila beribadah kepada Allah."

"Ya HARUS! Dalam Al Quran di mana-mana sahaja, Allah menyatakan kita akan dihitung. Dihisab. Makanya harus dihitung amalan kita.

Ya pasti masuk syurga enggak pake amalan tapi dengan rahmat Allah. Namun hakikatnya kita pasti dihitung. Ingat tu." - Ustaz Yusuf Mansur

Lalu di sini saya revise semula kalimah Istighfar lengkap yang dipraktikkan Ustaz Yusuf Mansur.

//
Lailahaillah 
Tiada Tuhan selain Allah 

Astagfirullah
Aku memohon ampun kepada Allah 

Walijamiil muslimin wal muslimat wal mukminina wal mukminat

Juga untuk semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat

*jika salah terjemahan, mohon betulkan
//

Baca sekali lafaz, 
"Lailahaillah Astagfirullah walijamiil muslimin wal muslimat wal mukminina wal mukminat"

Minima 100x sehari. Lakukan dengan santai. 

Kata ustaz waktu disarankan lepas Subuh. Jangan tidur. Alternatif elakkan tidur dengan habisin istighfarnya saat itu.

Sudah habis baca dan mahu ganda ganjaran kebaikan? Setiap kali orang praktikkan istighfar ini, insya-Allah anda juga dapat pahala jariahnya.

Credit : FB nota gembira saya

Fikir yang baik², Yang datang pasti yang baik²



BAYANGAN FIKIRAN BOLEH BERTUKAR MENJADI REALITI 

Ini adalah konsep "Law of Attraction" yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW..

Apa yang kita fikirkan, ia boleh benar-benar terjadi. 
Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.

Beliau bersabda, 
" Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab, 
" Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, boleh menyeretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda :
' Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya '.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullaah SAW. 

Perhatikan pesan-pesan Rasulullaah SAW berikut ini. 

" Barangsiapa yang ridha, maka keridhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya "
(HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad)

🔹 Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.

🔹 Jika kita berfikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

🔹 Jika kita berfikiran gagal, kita menjadi gagal. 

🔹 Jika kita berfikiran sukses, maka kita nescaya sukses.

🔹 Jika kita berfikiran sakit, kita juga menjadi sakit.

🔹 Jika kita berfikiran sihat, maka kita pun akan sihat.

Inilah "The Law of Attraction" 
Hukum Tarikan merupakan Sunnatullaah yang berlaku di alam semesta

*You are what you think

Selalulah berfikir yang positif dan jangan pernah biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita. 

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, yaitu :Berdoa dan berusaha optimal.

Sedangkan selanjutnya itu Kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata, Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah,  maka ALLAH berfirman, " Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad).

Fikirkan yang baik-baik, berkata yg baik, Bertindaklah yang Baik Baik, dan Insyaa Allah yg datang juga yang Baik Baik!

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), Aamiin...

Credit : FB adik SA Insyirah

Friday, November 17, 2017

While You Were Sleeping



While You Were Sleeping

Habis sudah 32episode. 
Mimpi dan terus bermimpi

Setiap mimpi pasti ada ceritanya
Dan berakhir dengan suka, duka dan air mata 😭😭

Jika kita tidak bisa merubah masa depan, hal terbaik yang dapat kita lakukan adalah menghindarinya.

Saturday, November 4, 2017

JDT menang lah awak





Alhamdullilah
Tonight is yours JDT!!!

Million congrats to Player JDT!
Million Thanx to Penyokong2 JDT!!!

Kemenangan milik JOHO!!! Esok CUTIIIIIIIIIIIII ❤️❤️❤️

Saturday, October 28, 2017

Kaki kecik VS kaki besau



Si kaki kecik dan si kaki besar

Kaki dia size 8
Kaki dia size 4@5

Masa sekolah nak sangat pakai kasut convers tapi kena beli yg high cut (bukan warna putih, dia lebih ke warna cream) sebab low cut takde stock. So sebab nak sangat² kasut tu. Beli lah juga kan. Pi sekolah tutup kasut dengan kain labuh². Sebab time spot check confirm kena ambik nama.

Sekarang pun masalah yg sama juga. Sport shoe jarang ada size kecik. Ada pun size 5 tapi kdg² besau tu.. Depan boleh letak kertas.

Sabor ajer lah yer..
Tapi bersyukur sebab masih diberi kaki yang sihat. Tuk berjalan dan berkerja.

Me,
Teruterubozu

Tteokpokki dr saya Junita Sunday


Jemput makan semua
Mula² buat rasa dia biasa² ajer
Kali kedua buat sedap sangat²
Masuk kan ajer semua. Siap untuk dimakan.

Kimchi + tteokpokki + green tea ice

Fish ball
Fish cake
Mushroom
Tahu
Carrot
Rice cake
Telur
Daging

barang asas boleh beli online di FB ommason FaezAmer korean kitchen.

Resepi: Tteokpokki 

Bahan yang diperlukan dari OmmaSón:
✅Gochujang
✅Kochukaru
✅Kelp
✅Ricecake (hanya selfpickup/kawasan ada Cool Taqbin/ kawasan ada agent)

1) resepi gambar:

2) resepi video

Credit : ommason faizamer korean kitchen.

Tuesday, October 24, 2017

Uncontrollably Fond




Uncontrollably Fond

Sob.. Sob.. 😭😭😭😭😭
Finally, the end..

Sayangilah dan berbuat baik dengan orang disekeliling kita tanpa meminta apa² balasan.

Saranghea 😘😘😘