}

Friday, October 20, 2017

Resepi Jjapchae by Ommason FaezAmir Korean Kitchen



Resepi Jjapchae
----------------
Level: Easy
Serving: 5 person

Bahan2 

1. Glass noodle 250g
-rendam dengan air biasa sebelum tido jika nak masak untuk sarapan / sebelum pergi kerja jika nak masak untuk makan malam.
2. Carrot 1biji potong mancis
3. Cendawan shiitake potong halus2 
4. Cendawan tiram carik2 
5. Cebdawan hitam kering tu segenggam rendam bagi lembut. Dan potong2 ikut suka.
6. Bawang holland 1/2 biji potong nipis.
7. Daun bawang suku cawan. Bahagikan kepada 2.
8. Sedikit minyak sawit untuk tumis
9. Telur dadar potong nipis
10. Bijan yang di panggang suku cawan.

Optional:
Daging di potong nipis / mince meat.
Jika daging korban baru di sembelih, tak perlu perap dengan apa2, goreng dengan sedikit minyak dalam kuali sampai daging masak dan perasakan garma gula.
Sekiranya daging biasa, perap 30minit dengan sedikit kicap, 3ulas bawang putih yang telah di tumbuk halus, sedikit blackpepper, garam dan gula. Kemudian masak dengan sedikit minyak.

Bahan sos.
1. Saseme oil 1/2 cawan
2. Kicap cair 1cawan
3. Bawang putih 3ulas dan tumbuk dengan lesung batu
4. Sedikit blackpepper
5. Garam bukit & brownsugar secukup rasa
-satukan semua bahan sos.

Cara masak
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak 1sudu besar. dah panas, masukkan pula daun bawang 
2. Masukkan carrot, cendawan, bawang holland
3. Gaul sebati sehingga bawang bertukar ke warna transparent sedikit.
4. Perasakan garam gula
5. Keluarkan dari kuali. Sekiranya ada air, toskan airnya.
.
6. Bersihkan kuali. Panaskan kuali. Masukkan 1/2cawan minyak bijan dan tumis lebihan daun bawang tadi.
7. Masukkan bahan sos
8. Masukkan glass noodle yang dh rendam tadi (toskan dulu tau glass noodle tu)
9. Gaul sebati sehinggal glass noodle lembut. 
(Masukkan daging jika ada)
10. Masukkan bahan dari step 5.
11. Gaul sebati
12. Perasakan garam dan gula.
13. Masukkan bijan dan 1/4 cawan lagi minyak bijan.
14. Gaul sebati.
15. Hidangkan bersama telur dadar yg dah di potong nipis.

Nak makan mcm tu je pun boleh atau makan dengan nasi 😉😊

Selamat mencuba

Credit : FB ommason faezamer korean kitchen

No comments:

Post a Comment