ASSALAMMUALAIKUM
Sahabat tidak menjawab salam nabi
Pernah dikisahkan Bahawa Rasulullah ﷺ pernah datang ke Rumah Sayyidina Saad Ibn ubadah RA.
Nabi ﷺ pun memberi salam. Tetapi tidak ada orang jawab.
Nabi ﷺ ulangi salam kali kedua. Tetap tidak ada orang jawab.
Nabi ﷺ ulangi yang ketiga .. Tetap senyap. Maka nabi ﷺ pun ingin pulang sebab nabi ﷺ memang tidak beri salam lebih dari tiga.
Tiba tiba saad Ibn ubadah keluar dari rumahnya sambil menahan nabi ﷺ dari pulang. Saad RA pun ceritakan Bahawa Sebenarnya dia dengar setiap salam nabi.. Tapi Beliau sengaja tidak jawab secara kuat Malah dengan cara perlahan.
Supaya apa? Supaya nabi ﷺ ulangi balik salam itu. Sebab salam itu adalah satu doa "selamat sejahtera ke atas kamu". Dan saad Ibn ubadah ingin dapat banyak lagi doa dan keberkatan nabi ﷺ.
MashaAllah
SELAMAT PAGI SAHABAT
No comments:
Post a Comment