Credit : FB Ayunie Russ
Rasa diri ni dipanggil2 tuk baca dan share artikel dari FB Ayunie Russ. Klu kita rasa hidup ni dah berakhir. Cinta terputus di tengah jalan. Alahai sakitnya tak seberapa sebenarnya. Tapi masa zaman remaja dulu. Semua org pernah mengalami situasi mcm ni. Jadi bersabarlah duhai hati.
Salam.. cyu ade dpt bnyk pm mgenai cinta. Y xhalal.. tp itula kita manusia..cyu pun pnah jahil dan lalui smua tu.. jd kt cn cyu kogsi buat anda.. jgn nages..ujian anda bkn berat pun syg..
Jodoh Halal anda Allah dah tentukan di Mahfuznya lagi. Jd sabar ya....
Jodoh Halal anda Allah dah tentukan di Mahfuznya lagi. Jd sabar ya....
Yang sedang membaca tajuk ini. =)
Andakah? Anda sedang kecewa sekarang? Patah hati kerana kasih yang tak kesampaian? Hati remuk kerana kaum Adam? ditinggalkan?kesepian?
kalau kita ingin berubah, tidak cukup dengan keinginan sahaja. Perlu disertai keazaman yang kuat dan matlamat yang betul.
Insallah cyu kongsi bebrrapa cara untuk berubah..
Pertama. Ujian ini dirasakan berat buat anda? Ujian ditinggalkan kekasih hati amat berat buat anda? Baiklah. Cyu ingin mengajak anda untuk kita sama-sama berfikir lebih jauh. Cuba kita lihat mereka yang susah, mereka yang terpaksa mencari rezeki di celah-celah sampah yang menimbun dan busuk itu. Mencari tin-tin, botol-botol kaca atau besi buruk yang bisa dijual untuk menyara kehidupan sehari-hari. Apakah enti merasa ujian kita lebih berat berbanding ujian mereka? Cuba kita teropong lagi, mari kita melihat mereka yang mempunyai penyakit misteri sehinggakan tidak bisa makan dan minum, urusan pergerakan pun mesti dibantu oleh orang lain. Apakah anda merasa ujian anda lebih berat berbanding ujian mereka? Mari kita melihat lagi, mereka yang tidak punya ibu dan ayah kerana terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi, cuba bayangkan perasaan mereka saat hari raya menjelang tiba. Apakah anda masih merasa ujian anda lebih berat berbanding ujian mereka? Anda, usah melihat ujian sebaliknya pandanglah nikmat dan kurnia Allah terhadap kita. Apabila kita menyedari nikmat-Nya yang begitu menggunung, akan terasa malu, ujian sedikit pun dah tak boleh nak hadapi.
Kedua. Cyu tahu, anda sedih kerana masih teringatkan dia lagi kan. Nak lupakan dia tetapi masih jua bertamu di kotak fikiran. Cuba anda sedaya upaya luputkan dia daripada ingatan, dan tukarkan dengan mengingati Dia. Boleh? Macam ni , bila awak teringatkan dia je, terus ambil wuduk dan capai Al-Quran. Ya, selepas itu baca dan hayati maknanya. Bila ingat dia je, terus ambil Al-Quran, boleh? Ingat dia je, ingat Al-Quran, boleh? Atau pun, lebih senang, bila teringat dia, berzikir, zikir qauli. Bila teringat dia, ucaplah Astaghfirullah, aku memohon ampun kepada Allah, boleh? Bila teringat dia, ucaplah hasbee rabbee, maa fee qalbee ghairullah, boleh? Maknanya, cukuplah Allah bagiku, tiada dalam hatiku melainkan Allah. Kalau zikir tu sebaiknya kena tahu maksud kan, betul tak ? Itu salah satu contoh cyu bagi. boleh cari lagi zikir-zikir lain. Selawat Syifa' ke, Allahu Lateef ke. Banyak lagi yang lain, boleh cuba download sendiri. Kalau betul nak cinta Allah, kenalah usaha, betul tak. Cuba dulu ye, perlahan-lahan. Cyu yakin boleh buat. Kalau keinginan benar-benar kuat, pasti boleh buat.Insya-Allah.
Ketiga. Sibukkan diri . Sibukkan diri berdialog dengan Allah bukan sibuk untuk membalas mesej dia. Katakan ketika berjalan-jalan atau duduk keseorangan, ingatan terhadap dia kembali. Cepat-cepat lupakan. Kena kuat. Jangan melayan perasaan. Cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Mungkin menolong ibu bapa? Berdialog dengan Allah. "Allah, hari ni saya nak tolong mak basuh pinggan dan masak, biar mak gembira, Allah suka kan?". "Allah, hari ini saya baca buku tentang Rasulullah, saya nak lebih kenal Nabi saya, Allah suka kan?". "Allah hari ini saya nak tengok ceramah dalam TV, saya nak kenal lebih dengan Allah, Allah suka kan?". "Allah kejutkan saya ye, takut terlepas pula nak dating dengan Allah, Allah suka kan?". Dah lepas bermonolog tu, senyumlah seorang diri. Tapi jangan senyum di hadapan orang sebab….. faham kan maksud cyu? Dah dapat tangkap maksud cyu? Enti bermonolog dengan Allah, tak payah keluar duit pun, kalau mesej dengan dia, duit banyak habis beli top-up kan? Pendek kata, bercinta dengan Allah. Nanti mesti Dia lagi sayang . Ingat Dia je sepanjang masa, tak semestinya semasa solat je. Boleh? Boleh cuba kan yang ni. Indah dan romantik kan cara ni?
Keempat suka lagu tak? Kalau suka, lagu apa yang kita dengar? Ha? Oo. Kita tak payah lah dengar lagu jiwang-jiwang, makin membuatkan enti teringat dekat dia, betul tak. Boleh pilih untuk dengar lagu nasyid, lagu ketuhanan. Lebih baik lagi kalau lagu yang mengingatkan diri kepada kematian dan taubat. Lagu tentang ibu bapa pun bagus. Hayati lirik dia satu-satu. Jadikan aktiviti mendengar lagu sebagai perkara yang berfaedah di samping menghiburkan hati. Jika kena pada tempatnya, lagu pun boleh mendidik jiwa. mesti juga pernah menangis apabila menghayati lirik lagu kan?
Kelima. Pembacaan. Ini pun kita kena pilih.cyu mengesyorkan supaya kita membeli buku-buku tentang Islam dan wanita. Baca sirah Rasulullah, lihatlah Rasulullah dahulu begitu bersusah payah menaikkan martabat wanita, apakah kita sanggup untuk berlaku kejam terhadap Rasulullah yang pada saat-saat akhir hidup Baginda, Baginda tidak putus-putus menyebut ummati, ummati, ummati? Apakah kita begitu kejam, sanggup 'memijak' risalah yang dibawa Rasulullah? Jadi, kita sama-sama menjaga diri, ye? Cyu percaya ramai mesti suka melayari internet kan? Kitacarilah bahan-bahan bacaan yang bermanfaat. Kalau search melalui enjin carian google, nak search '50 tanda aku jatuh cinta' atau 'tanda-tanda Allah mencintai hamba-Nya'? Kita tentukan ye. Lagi, kita boleh melayari laman web yang bermanfaat.Satu hari baca satu artikel pun dah cukup, yang penting konsisten. Istiqamah dan beramal, boleh ye sayang?
"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"
Insallah esok plk cyu share lagi 5 ya.. pnjang2 kan mlas nk bace 😢
Betul x ? 😁
Betul x ? 😁
No comments:
Post a Comment