}

Wednesday, June 13, 2012

Vitamin C

Salam,


Aku baru aje cuma makan Vitamin C (brand : 21st century) rasa dia sedap sangat mcm buah oren pure. kat sini ada serba sedikit info yang aku nak share.



VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.


APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?


Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.


Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.


Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.


VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK :


-Memperbaiki kesihatan kulit muka.
-Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
-Batuk, demam selsema, jangkitan.
-Warga tua.
-Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
-Wanita yang mengambil pil perancang.
-Perokok dan mereka yang mengambil alkohol. Pesakit kencing manis.



Mengambil multivitamin untuk keperluan harian seperti SPECTRUM MULTIVITE atau CHILDREN'S VITAMINS meningkatkan kebaikan Vitamin C.


Siri VITAMIN C keluaran 21st Century:


- CHEWABLE ORANGE FLAVORED TABLETS


Boleh didapati dalam sukatan 250mg, 500mg dan 1000mg dengan perisa asli oren tablet boleh kunyah.


- PROLONGED RELEASE


Prolonged-Release Vitamin C dalam sukatan 500mg dan 1000mg



memastikan 12 jam kehadiran Vitamin C di dalam tubuh. Tambahan dengan Vitamin B-Complex.

1 comment: